UPM Institutional Repository

Persepsi guru terhadap perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam kalangan guru tahun 1 zon Keramat


Citation

Yahya, Farah Wahida and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi (2012) Persepsi guru terhadap perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam kalangan guru tahun 1 zon Keramat. In: Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2012), 18 Nov. 2012, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. (pp. 212-217).

Abstract

Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan kemajuan teknologi dan pembangunan sesebuah negara. Transformasi pendidikan di Malaysia seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti pelaksanaan KSSR dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan di Zon Keramat. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan di sekitar Zon Keramat. seramai 201 orang guru Tahun 1 yang terlibat dengan program KSSR telah dipilih secara rawak daripada 21 buah sekolah Kebangsaan yang terdapat di Zon Keramat. Pengukuran bagi persepsi guru terhadap perlaksanaan KSSR pmerangkumi aspek kemahiran pengajaran, hubungan dalam bilik darjah, pengetahuan asas KSSR dan penerimaan inovasi dalam KSSR. Min keseluruhan pelaksanaan KSSR guru adalah tinggi dengan min adalah 3.82 (SP =0.342). Begitu juga min keseluruhan bagi setiap dimensi menunjukkan bahawa dari aspek penerimaan inovasi dalam KSSR mencatat min paling tinggi (Min=4.11; SP= 0.406) diikuti dengan, aspek hubungan dalam bilik darjah (Min=4.01; SP=0.452), aspek pengetahuan asas KSSR (Min= 3.80; SP= 0.575) dan aspek kemahiran pengajaran (Min=3.17; SP= 0.433).


Download File

[img] PDF
31569.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (212kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Institute for Mathematical Research
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Notes: Full text are available at Special Collection Division Office.
Keywords: KSSR; Attitude; Perception; Curriculum; Secondary school
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 07 Jul 2014 02:50
Last Modified: 14 Nov 2019 03:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31569
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item