UPM Institutional Repository

Pembelian barangan di atas talian dalam kalangan remaja


Citation

Bari, Siti Balkis and Mohd Salleh, Naimah (2012) Pembelian barangan di atas talian dalam kalangan remaja. In: Seminar Kebangsaan MACFEA ke 16 'Kelestarian dan Kualiti Hidup', 10-11 Jul. 2012, Palm Garden Hotel Putrajaya, Malaysia. (pp. 306-312).

Abstract

Remaja merupakan golongan yang mempunyai kuasa pembelian barangan yang lebih tinggi berbanding golongan umur lain. Dengan itu kebanyakan pengusaha di pasaran barangan menjadikan golongan ini sebagai penentu kepada kejayaan perniagaan mereka (Setlow, 2001). Kaedah bagaimana barangan dipasarkan juga berperanan dalam meningkatkan kejayaan sesebuah perusahaan. Pada masa ini, pengenalan barangan di atas talian menjadi antara pilihan yang popular dalam kalangan pengusaha perniagaan. Perdagangan di atas talian atau e-dagang secara amnya tidak melibatkan interaksi lisan antara satu manusia dengan manusia yang lain namun ianya amat mudah dan cepat berkesan. Kajian ini dijalankan bagi meneliti pembelian barangan di atas talian dalam kalangan remaja. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada remaja. Seramai 399 orang remaja yang yang terdiri daripada 225 orang (56.4%) perempuan dan 172 orang lelaki (43.6%) terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pengusaha yang baru mahu memulakan perniagaan dan sudahpun memulakan perniagaan.


Download File

[img] Text
MACFEA16-15.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (169kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA)
Keywords: Teenagers; Online purchases; E-commerce
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 13 Jun 2014 07:36
Last Modified: 13 Jan 2020 01:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31469
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item