Simple Search:

Ciri-ciri kertas gentian pisang.


Citation

Mohd Salleh, Naimah and Halis, Rasmina and Low, L. H. and Chuah, W. Z. (2012) Ciri-ciri kertas gentian pisang. In: Seminar Kebangsaan Macfea Ke 16, Kelestarian Dan Kualiti Hidup, 10-11 Jul. 2012, Putrajaya, Malaysia. .

Abstract / Synopsis

Gentian pisang adalah berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber bahan mentah dalam penghasilan kertas. Di Malaysia, tanaman pisang ditanam untuk kegunaan buahnya manakala batangnya dibuang. Gentian daripada batang pisang ini, boleh digunakan dalam penghasilan kertas yang mana boleh menguntungkan negara dari aspek sosio-ekonomi. Selain itu, penggunaan gentian pisang dalam penghasilan kertas dikatakan lestari di mana ia adalah biodegradasi dan tidak mencemarkan alam sekitar. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti ciri-ciri kertas berasaskan gentian pisang. Kajian juga bertujuan untuk menilai kesan peratusan natrium hidroksida (NaOH) ke atas ciri-ciri kertas gentian pisang. Pisang Tanduk dan Pisang Abu telah dipilih untuk kajian ini. Ciri-ciri fizikal, mekanikal dan optikal kertas gentian pisang telah dikenalpasti. Dapatan kajian menunjukkan kertas pisang Abu lebih berat berbanding pisang Tanduk yang lebih tebal cirinya. Hasil analisis di makmal menunjukkan kertas gentian Pisang Abu mempunyai ciri mekanikal iaitu kekuatan tensil (tensile strength) dan lipatan (folding endurance) yang lebih baik berbanding dengan gentian Pisang Tanduk yang lebih baik kekuatan koyak (tearing strength) dan juga baik terhadap kekuatan letup (bursting strength). Ciri optikal kertas gentian Pisang Tanduk pula menunjukkan lebih terang (brightness) berbanding dengan pisang Abu. Berdasarkan penjumpaan kajian, penggunaan bahan buangan gentian pisang ini dalam penghasilan kertas mempunyai potensi yang besar untuk dikomersialkan.


Download File

[img] PDF
ID 31468.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (120kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Forestry
Faculty of Human Ecology
Notes: Full text are available at Special Collection Division Office.
Keywords: Paper; Banana fiber; Mechanical properties; Optical characteristics.
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 13 Jun 2014 15:27
Last Modified: 27 Jun 2014 15:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31468
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item