Simple Search:

Menilai keberkesanan teknik sumbang saran terhadap pencapaian kemahiran menulis karangan murid tingkatan empat


Citation

Abu Samah, Indah Eyah (2012) Menilai keberkesanan teknik sumbang saran terhadap pencapaian kemahiran menulis karangan murid tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik sumbang saran terhadap pencapaian kemahiran menulis karangan bagi murid tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Ampang, Selangor. Kajian ini menilai keberkesanan teknik sumbang saran dalam meningkatkan skor pencapaian murid dalam kemahiran menulis, skor idea yang relevan dan skor olahan karangan yang menarik. Kajian ini merupakan kajian eksperimental menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi ujian pra dan ujian pasca antara teknik sumbang saran dalam meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan yang digunakan kepada Kumpulan Eksperimen dan teknik tradisional yang digunakan kepada Kumpulan Kawalan. Pencapaian keseluruhan menulis karangan akan dibandingkan untuk mendapat perbezaan pencapaian skor melalui ujian pra dan ujian pasca. Data kajian yang dikumpul berupa pencapaian murid dalam bentuk markah skor sebelum dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS bagi mencari perbezaan min pencapaian berasaskan ujian-t. Kajian ini dijalankan selama enam minggu yang meliputi 60 murid tingkatan empat sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 30 murid Kumpulan Eksperimen dan 30 murid Kumpulan Kawalan yang mempunyai pencapaian dan tahap keupayaan yang sama dalam akademik dan pencapaian bahasa Melayu semasa Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid Kumpulan Eksperimen dengan murid Kumpulan Kawalan dalam peringkat ujian pra. Min pencapaian murid Kumpulan Eksperimen dalam ujian pra ialah 25.07 manakala min pencapaian murid Kumpulan Kawalan ialah 23.97 dengan perbezaan min sebanyak 1.100 dan nilai t (58) = .478, p<0.05 dan nilai signifikan .634 lebih besar dari aras signifikan 0.05, hal ini menjelaskan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian pra Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan. Manakala dalam ujian pasca pula terdapat perbezaan yang signifikan antara murid Kumpulan Eksperimen dengan murid Kumpulan Kawalan apabila min pencapaian murid Kumpulan Eksperimen dalam ujian pasca ialah 49.43 berbanding dengan min pencapaian murid Kumpulan Kawalan 25.57 dengan perbezaan min sebanyak 23. 867 dan nilai t (58) = 7.754, p< 0.05 dan nilai signifikan .000 lebih kecil dari aras signifikan 0.05, hal ini menjelaskan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian pasca Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan. Perbezaan min yang sangat besar semasa ujian pasca antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen kerana jumlah sampel Kumpulan Kawalan yang menerima peningkatan markah terlalu sedikit dan julat kenaikan markah mereka tidak banyak. Terdapat juga perbezaan yang signifikan bagi pencapaian penguasaan aspek idea dan aspek olahan antara murid manakala Kumpulan Kawalan sebanyak .33 dengan perbezaan min sebanyak .667 dan nilai t(58) = 7.616, p<0.05. Nilai signifikan .000 lebih kecil dari aras signifikan 0.05, hal ini menjelaskan terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam penguasaan aspek idea antara murid Kumpulan Kawalan dan murid Kumpula Eksperimen dalam ujian pasca. Bagi penguasaan aspek olahan semasa ujian pasca, Kumpulan Eksperimen memperoleh min sebanyak .87 manakala Kumpulan Kawalan sebanyak .33 dengan perbezaan min sebanyak .533 dan nilai t (58) = 4.942, p<0.05. Nilai signifikan .000 lebih kecil dari aras signifikan 0.05, hal ini menjelaskan terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam penguasaan aspek olahan antara murid Kumpulan Kawalan dan murid Kumpulan Eksperimen dalam ujian pasca. Kesimpulannya, daripada kajian yang dijalankan membuktikan teknik sumbang saran dapat meningkatkan skor pencapaian kemahiran menulis karangan bahasa Melayu bagi murid berpencapaian rendah dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu, serta meningkatkan penguasaan murid dalam aspek idea dan olahan. Secara langsung dapat menambah nilai positif kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan yang dianggap kompleks dan menyukarkan Kumpulan Eksperimen dan murid Kumpulan Kawalan. Penguasaan aspek idea bagi Kumpulan Eksperimen semasa ujian pasca memperoleh min sebanyak 1.00,manakala Kumpulan Kawalan sebanyak .33 dengan perbezaan min sebanyak .667 dan nilai t (58) = 7.616, p<0.05. Nilai signifikan .000 lebih kecil dari aras signifikan 0.05, hal ini menjelaskan terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam penguasaan aspek idea antara murid Kumpulan Kawalan dan murid Kumpula Eksperimen dalam ujian pasca. Bagi penguasaan aspek olahan semasa ujian pasca, Kumpulan Eksperimen memperoleh min sebanyak .87 manakala Kumpulan Kawalan sebanyak .33 dengan perbezaan min sebanyak .533 dan nilai t (58) = 4.942, p<0.05. Nilai signifikan .000 lebih kecil dari aras signifikan 0.05, hal ini menjelaskan terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam penguasaan aspek olahan antara murid Kumpulan Kawalan dan murid Kumpulan Eksperimen dalam ujian pasca. Kesimpulannya, daripada kajian yang dijalankan membuktikan teknik sumbang saran dapat meningkatkan skor pencapaian kemahiran menulis karangan bahasa Melayu bagi murid berpencapaian rendah dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu, serta meningkatkan penguasaan murid dalam aspek idea dan olahan. Secara langsung dapat menambah nilai positif kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan yang dianggap kompleks dan menyukarkan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 52R.pdf

Download (744kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Brainstorming
Subject: Malay language - Writing
Subject: Malay essays - Study and teaching (Secondary)
Call Number: FPP 2012 52
Chairman Supervisor: Roselan Baki, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 25 Feb 2015 07:46
Last Modified: 25 Feb 2015 07:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31444
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item