UPM Institutional Repository

Kepentingan reka bentuk bangunan untuk warga tua di Malaysia.


Citation

Utaberta, Nangkula and Wan Mohamad, Wan Srihani and Mohd Ali, Suraya (2013) Kepentingan reka bentuk bangunan untuk warga tua di Malaysia. In: Notes on Malaysian Architecture. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. ISBN 9789679603422

Abstract

Pertambahan populasi warga tua di malaysia menyebabkan permintaan kepada reka bentuk yang sesuai untuk mereka semakin meningkat tinggi. Pelbagai aspek perlu diteliti agar bersesuaian dengan mereka.Kebanyakan warga tua mempunyai masalah kesihata. Justeru itu pelbagai aspek perlu diteliti agar mereka selesa menjalani kehidupan seharian.Ini kerana pembinaan rumah dan bangunana bukan untuk jangka masa yang singkat, kerana ia untuk jangka masa yang lama dan merupakan pelaburan masa hadapan. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji masalah-masalah yang sering berlaku dalam mereka bentuk bangunan khasnya untuk warga tua. Dalam kajian ini, bahagian pertama, menunjukkan statistik warga tua di malaysia dan statistik jangka hayat penduduk malaysia. Bahagian kedua, menceritakan tentang masalah dalam reka bentuk untuk warga tua.Bahagian ketiga, lebih menghuraikan tentang kajian kes di UK iaitu kampung persaraan serta kelebihannya.Bahagian empat, menceritakan tentang usulan-usulan yang di cadangkan untuk di ambil pendekatan sewaktu mereka bentuk bangunan dan bahagian kelima ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan kajian ini. Diharapkan melalui kajian ini bakal menjadi rujukan kepada badan profesional seperti arkitek, para pereka dan pemaju dalam menyediakan keselesaan dan kemudahan bagi golongan ini khasnya reka bentuk. Justeru itu, reka bentuk dalaman atau luaran perlulah bersesuaian untuk semua peringkat umur khususnya ketika menginjak usia senja. Perkara ini bertujuan untuk memudahkan urusan seharian mereka tanpa memerlukan bantuan atau pengawasan daripada orang lain.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Divisions: Faculty of Design and Architecture
Publisher: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Keywords: Architecture; Building design; Older people; Malaysia.
Depositing User: Suzila Mohamad Kasim
Date Deposited: 05 Sep 2014 07:35
Last Modified: 05 Sep 2014 07:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31314
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item