UPM Institutional Repository

Kesan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti melukis mural untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar sekolah menengah terhadap alam sekitar.


Citation

Othman, Rohana and Harun, Rosta and Muda, Azizi and Ismail, Ismi Arif (2013) Kesan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti melukis mural untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar sekolah menengah terhadap alam sekitar. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28 (1). pp. 11-31. ISSN 2180-3463

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti penghayatan melukis mural dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar dijalankan di dalam kelas selama 1 jam seminggu sebanyak 4 kali manakala aktiviti melukis mural bertemakan ekosistem marin dijalankan di luar kelas selama sebulan.Reka bentuk kajian ini adalah kuasi-eksperimental menggunakan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan-kumpulan tidak seimbang dengan pengukuran berulang. Kajian ini melibatkan seramai 128 orang pelajar tingkatan dua daripada dua buah sekolah menengah harian biasa di daerah Gombak,Selangor. Sebuah sekolah telah dipilih sebagai kumpulan kawalan dan sebuah lagisebagai kumpulan eksperimen yang diwakili oleh seramai 64 orang pelajar bagi setiap sekolah. Responden yang terlibat dalam kajian ini akan diuji dengan empat jenis instrumen iaitu ujian pra, ujian pos 1, ujian pos 2 dan ujian pos 3. Setiap instrumen mengandungi 20 soalan pengetahuan dengan 4 pilihan jawapan dan 18 pernyataan kesedaran yang mengukur sikap dalam bentuk skala 5-Likert. Keputusan kajian mendapati kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan dan kesedaran terhadap alam sekitar tetapi tidak kepada kumpulan kawalan.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://apjee.usm.my/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Faculty of Environmental Studies
Publisher: Universiti Sains Malaysia Press
Keywords: Teaching and learning of environmental education activities; Mural painting appreciation; Environmental knowledge and awareness; Experimental group; Control group.
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 06 Nov 2014 07:22
Last Modified: 06 Nov 2014 07:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/29048
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item