UPM Institutional Repository

Pencapaian Bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan calon Penilaian Menengah Rendah


Citation

Jusoh, Zuraini and Abd Rahman, Fadzilah and Mohd Kiram, Norazlina and Roslan, Samsilah (2013) Pencapaian Bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan calon Penilaian Menengah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3 (1). pp. 1-11. ISSN 2180-4842

Abstract

Kertas kerja ini mengkategorikan murid-murid yang berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), iaitu peringkat C dan D. Oleh itu, kajian kepustakaan telah dijalankan bagi mengenal pasti jumlah calon PMR yang berada dalam kategori ini. Analisis dibuat berdasarkan dokumen yang diperoleh dari Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi tahun 2006 hingga 2011. Data dikumpul daripada lima zon yang mewakili setiap negeri, iaitu zon Pantai Timur, Selatan Malaysia, Utara Malaysia, Tengah, dan Malaysia Timur yang dianalisis secara deskriptif, iaitu peratusan dan kekerapan. Secara keseluruhannya, peratusan calon yang berpencapaian rendah mengikut zon ialah, negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia (25.0% hingga 31.5%), negeri-negeri di Selatan Malaysia (27.6% hingga 35.5%), zon Utara (27.3% hingga 35.2%), zon Tengah (11.7% hingga 33.0%), dan zon Malaysia Timur (24.3% hingga 40.7%). Data menunjukkan Wilayah Persekutuan Putrajaya berada dalam kategori berpencapaian rendah paling sedikit namun, jika diperhatikan kepada peratusan perbezaan dari tahun 2006 hingga 2011, negeri ini mengalami peningkatan yang agak ketara, iaitu sebanyak 4.6%. Peratus perbezaan peningkatan paling sedikit dialami negeri Melaka dengan 3.0%. Manakala, tertinggi diperoleh Wilayah Persekutuan Labuan dengan 9.8%. Walaupun peratusan yang ditunjukkan agak kecil, namun bilangan calon yang berada dalam kategori ini membimbangkan. Oleh itu, usaha-usaha mengatasi atau mengurangkan permasalahan ini perlu dijalankan kerana rendah pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu saling berkaitan dengan mata-mata pelajaran lain juga.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Pencapaian Bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan calon Penilaian Menengah Rendah.pdf

Download (85kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.ukm.my/jpbm/ViewVolume.aspx?vid=6

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Low achievement; Malay language; Lower secondary assessment; Document analysis; Based on zone
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 09 Dec 2014 01:18
Last Modified: 05 Oct 2015 03:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/29040
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item