UPM Institutional Repository

Penggunaan ICT dalam pengajaran bahasa Arab


Citation

Othman, Mohd Sukki and Ismail, Muhd Zulkifli and Wan Abdullah, Wan Nordin (2013) Penggunaan ICT dalam pengajaran bahasa Arab. Jurnal Linguistik, 17 (2). pp. 120-127. ISSN 1823-9242

Abstract

Kajian ini ialah kajian deskriptif bagi meninjau penggunaan ICT dalam kalangan guru bahasa Arab di pusat bahasa. Kajian ini cuba menjawab persoalan bagaimanakah penggunaan ICT oleh guru-guru bahasa Arab dalam pengajaran mereka. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrument yang diedarkan kepada responden kajian seramai 67 orang guru bahasa Arab di pusat bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Data yang dikumpulkan itu dianalisis menggunakan SPSS versi 11.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ICT dalam kalangan guru dalam pengajaran bahasa Arab adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, tindakan yang berstrategik perlu diambil oleh pentadbir pusat bahasa untuk memastikan ICT diaplikasikan dengan sewajarnya dalam pengajaran bahasa Arab bersesuaian dengan teknologi terkini.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Penggunaan ICT dalam pengajaran bahasa Arab.pdf

Download (34kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=1912

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: ICT; Teaching; Arabic; Language center
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 20 Jun 2016 02:53
Last Modified: 20 Jun 2016 02:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27990
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item