UPM Institutional Repository

Sistem repositori dokumen kerajaan dalam perlaksanaan pengurusan projek.


Citation

Sulaiman, Mohd. Abdul Halim and Yusof, Siti Khairiah (2014) Sistem repositori dokumen kerajaan dalam perlaksanaan pengurusan projek. In: Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia: Transformasi Perpustakaan Dan Perubahan Budaya: Peranan Pustakawan, 25-27 Aug. 2013, Melaka, Malaysia. (pp. 355-362).

Abstract

Di alaf baru ini, penciptaan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dari peringkat individu sehingga kepada organisasi dilihat semakin meningkat setiap masa. Selari dengan dasar 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, penggunaan ICT sebagai pemudah cara kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan sedang giat dibangunkan. Pengenalan kepada Gerbang Kerajaan dan konsep No Wrong Door membolehkan rakyat mendapatkan perkhidmatan melalui penggunaan ICT sebagai salah satu medium penyampaian perkhidmatan sektor awam. Namun evolusi ICT yang pantas sedikit sebanyak memberi impak kepada perancangan dan pelaksanaan projek berkaitan ICT. Ini memerlukan kepada satu penyelarasan menyeluruh di semua peringkat kumpulan pelaksana agar mengetahui dan memahami matlamat penggunaan ICT dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan. Dalam memastikan kualiti saling kendali (interoperability) projek ICT di sektor awam terjamin, pelbagai arahan dan garis panduan telah dikeluarkan untuk dijadikan sebagai rujukan. Namun, melalui pemerhatian, penilaian dan penglibatan dalam projek berimpak tinggi di sektor awam, didapati salah satu faktor kegagalan sesuatu projek ICT di dalam sektor awam adalah kerana kelemahan dari segi aspek pengurusan projek serta kurang pemahaman terhadap kompleksiti teknikal. Faktor ini didorong oleh tiada masa diperuntukkan untuk membuat kajian kebolehlaksanaan yang melibatkan carian maklumat berkaitan dengan projek ICT yang akan dilaksanakan. Bagi memastikan faktor kegagalan ini dapat dikurangkan, penggunaan repositori berpusat bagi dokumen-dokumen sebegini perlu diwujudkan. Pendekatan Proof-off-Concept telah dilaksanakan dengan mengikut pelaksanaan projek ICT yang terlibat. Pada permulaan penggunaan repositori ini akan membantu kumpulan kerja Pengurusan Projek dalam proses merancang, menyedia, melaksana dan mengawal keperluan projek ICT. Didapati dengan menggunakan repositori sepusat ini kualiti projek ICT dapat dijamin serta pegemaskinian terhadap dokumen-dokumen ini dapat dilakukan mengikut perubahan semasa.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.ppm55.org/?page_id=106

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Keywords: Repository system; Management of ICT projects; Government documents; Quality; Malaysia.
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 07 May 2014 04:03
Last Modified: 01 Jul 2014 04:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27817
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item