UPM Institutional Repository

Persepsi kanak-kanak terhadap watak dan perwatakan tokoh dalam karya sastera kanak-kanak berunsur sejarah


Citation

Kassim, Norhidayu (2011) Persepsi kanak-kanak terhadap watak dan perwatakan tokoh dalam karya sastera kanak-kanak berunsur sejarah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian kesusasteraan kanak-kanak yang membicarakan tentang persepsi kanak-kanak terhadap watak dan perwatakan tokoh dalam karya sastera kanak-kanak berunsur sejarah. Bertolak daripada permasalahan yang mengatakan bahawa watak dan perwatakan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera akan membawa impak negatif kepada kanak-kanak telah mendorong kajian ini dilakukan. Selain itu, terdapat segelintir pengkaji tempatan mahupun Barat yang berpendapat bahawa peranan tokoh dalam karya sastera kanak-kanak adalah palsu dan tidak berkepentingan. Sedangkan peranan watak dan perwatakan tokoh yang terdapat dalam sesebuah karya sastera kanak-kanak berunsur sejarah penting bagi merangsang pembentukan peribadi kanak-kanak. Justeru, kajian ini akan meneliti dan mengenal pasti persepsi kanak-kanak terhadap jenis-jenis watak dan perwatakan tokoh yang terdapat dalam karya sastera kanak-kanak berunsur sejarah. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis tentang persepsi kanak-kanak terhadap watak dan perwatakan tokoh yang terdapat dalam karya sastera kanak-kanak serta kepentingannya terhadap kanak-kanak. Justeru, kajian ini akan menggunakan dua pendekatan dalam menganalisis kajian yang dilakukan iaitu Teori Humanistik Abraham Maslow dan Teori Resepsi. Teori Humanistik Abraham Maslow digunakan bagi memperoleh dapatan berkenaan persepsi kanak-kanak terhadap watak dan perwatakan tokoh yang terdapat dalam karya sastera kanak-kanak. Melalui teori ini, pengkaji akan melihat tingkat-tingkat hierarki yang dikemukakan oleh Abraham Maslow dalam menganalisis kajian berkaitan. Manakala Teori Resepsi pula adalah bertujuan untuk mendapatkan respons dan reaksi kanak-kanak terhadap karya sastera terutamanya karya sastera yang mengandungi unsur sejarah. Namun, Teori Resepsi hanya digunakan semasa kajian lapangan dilakukan. Seterusnya, kajian ini juga akan menggunakan kaedah lapangan yang meliputi soal selidik dan kaedah pemerhatian bagi memperoleh dapatan berkaitan respons kanak-kanak terhadap karya sastera. Selain itu, kajian ini akan menggunakan kaedah analisis teks bagi melihat persepsi kanak-kanak terhadap watak dan perwatakan tokoh yang terdapat dalam karya sastera kanak-kanak berunsur sejarah di enam zon di seluruh Malaysia. Hasil kajian menunjukkan ditemui pelbagai persepsi kanak-kanak terhadap karya sastera berunsur sejarah. Persepsi yang dapat dikesan adalah seperti suka, berminat, ingin tahu, berimaginasi dan mendapat pengajaran daripada karya sastera kanak-kanak berunsur sejarah. Dalam kajian ini juga, kanak-kanak berjaya mengesan watak dan perwatakan tokoh seperti dalam cerita yang dikaji.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2011 25R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Literature - Study and teaching (Early childhood)
Subject: Psychology, Child
Subject: Psychology of children
Call Number: FBMK 2011 25
Chairman Supervisor: Prof. Madya Arba’ie Sujud, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 08 Apr 2014 03:05
Last Modified: 08 Apr 2014 03:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27737
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item