UPM Institutional Repository

Analisis jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta hubungannya dengan kepadatan mineral tulang dalam kalangan warga tua


Citation

Mohd Din, Feaizul and Soh, Kim Geok and Eskak, Nurul Huda and M. Kes, Siswantoyo (2019) Analisis jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta hubungannya dengan kepadatan mineral tulang dalam kalangan warga tua. Malaysian Journal of Movement, Health & Exercise, 8 (2). pp. 81-98. ISSN 2600-9404; ESSN: 2600-9455

Abstract

Tujuan: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan skor aktiviti fizikal, jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta hubungannya terhadap status kepadatan tulang warga tua di Rumah Seri Kenangan (RSK), Cheras. Kaedah: Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan deskriptif yang melibatkan 117 responden (L=71, P=46) yang tinggal di RSK, Cheras. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada Topolski et al. (2006) untuk menentukan skor aktiviti fizikal dan Food Frequency Questionnaire (FFQ) untuk mendapatkan maklumat jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta penggunaan mesin kuantitatif ultrasound (QUS-2™) untuk mengukur status kepadatan tulang. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif, ujian-t tidak bersandar dan korelasi. Dapatan Kajian: Analisis ujian-t tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan pada aras kesignifikalan 0.05 terhadap (a) skor aktiviti fizikal iaitu responden lelaki (M = 4.51, SP = 1.25) dan perempuan (M = 4.17, SP = 0.71), [ t(113) = 1.834, p = 0.07 ]. (b) pengambilan protein iaitu responden lelaki (M = 438.61, SP = 23.57) dan perempuan (M = 437.28, SP = 14.50), [ t(115) = 0.376, p = 0.708]. Sebaliknya, terdapat perbezaan signifikan ditunjukkan antara lelaki dan perempuan pada aras kesignifikalan 0.05 bagi variabel (a) pengambilan kalori iaitu responden lelaki (M = 3058.21, SP = 332.68) dan perempuan (M = 2420.26, SP = 246.76), [ t(115) = 11.16, p = 0.001. (b) pengambilan kalsium iaitu responden lelaki (M = 2783.96, SP = 141.32) dan perempuan (M = 3847.89, SP = 96.42), [ t(115) = -2.69, p = 0.008 ]. (c) status kepadatan tulang iaitu responden lelaki (M=─2.22, SP = 0.42) dan perempuan (M = ─2.04, SP = 0.20), [ t(108) = 3.11, p = 0.002 ]. Ujian korelasi menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara status kepadatan tulang dengan (a) skor aktiviti fizikal bagi responden lelaki (r = 0.024, p = 0.842) dan responden perempuan (r= 0.251, p = 0.092), (b) pengambilan kalori bagi responden lelaki (r = 0.062, p = 0.606) dan responden perempuan (r = ─0.221, p = 0.140) dan (c) pengambilan protein bagi responden lelaki ( r = -0.044, p = 0.718) dan responden perempuan (r = 0.238, p = 0.112). Hubungan positif lemah dicatatkan di antara status kepadatan tulang dengan pengambilan kalsium bagi responden lelaki (r = 0.331, p = 0.026) manakala hubungan positif sederhana dicatat bagi responden perempuan (r = 0.465, p = 0.031). Kesimpulan: Kesedaran untuk melakukan aktiviti fizikal serta mengambil kalori, kalsium dan protein yang seimbang adalah perlu dalam kalangan warga tua untuk meningkatkan kualiti hidup mereka terutamanya dalam aspek kesihatan tulang. Pelbagai program boleh dirangka oleh pihak institusi penjagaan warga tua supaya warga tua dapat mengoptimumkan usia emas mereka dengan aktiviti fizikal yang bersesuaian serta pengambilan kalori, kalsium dan protein yang berpatutan, sekaligus dapat mengekalkan kesihatan tulang mereka.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Analisis jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta hubungannya dengan kepadatan mineral tulang dalam kalangan warga tua.pdf

Download (52kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.15282/mohe.v8i2.360
Publisher: Universiti Malaysia Pahang
Keywords: Physical activity score; Calorie intake; Calcium intake; Protein intake; Bone density
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 15 Apr 2020 15:58
Last Modified: 15 Apr 2020 15:58
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.15282/mohe.v8i2.360
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27406
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item