Simple Search:

UPM lantik CENSOF komersial perisian E-Claim untuk pengurusan kewangan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2014) UPM lantik CENSOF komersial perisian E-Claim untuk pengurusan kewangan. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 20 Jan (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) melantik syarikat swasta Century Software (Mm) Sdn Bhd (CENSOF) untuk promosi dan pemasaran perisian E-Claim yang dibangunkannya bagi menyokong pengurusan kewangan. Berikutan itu satu perjanjian dimeterai menerusi satu perjanjian ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan, Bursar UPM, Zulkiflee Othman, manakala Pengarah Kumpulan Urusan CENSOF, Datuk Samsul Husin dan Pengarah Eksekutif CENSOF, Ahmad Zaki Ahmad Maher di sini pada 16 Januari lalu. Kedua-dua pihak bersetuju memperkukuhkan aktiviti promosi sistem E-Claim dimana CENSOF berperanan mewujudkan rancangan dan strategi pemasaran bagi tujuan untuk mendapatkan peluang penjualan atau penggunaan produk E-Claim. CENSOF juga akan memberikan kepakaran teknikal meliputi rekabentuk dan implementasi perisian pembangunan dan perundingan kepada pelanggan. UPM pula berperanan dalam memberi penerangan mengenai produk kepada bakal pelanggan setelah mereka menandatangani perjanjian dengan CENSOF. Di bawah perjanjian itu, CENSOF akan membayar royalti kepada UPM di mana perisian E-Claim telah dibangunkan dan harta intelek dipegang oleh Pejabat Bendahari, UPM. Perisian sistem E-Claim itu telah dibangunkan oleh UPM untuk penyokong pengurusan kewangan UPM setelah CENSOF dilantik untuk membantunya. Kerjasama antara UPM dan CENSOF ini telah dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) tahun lalu


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM lantik CENSOF komersial perisian E-Claim untuk pengurusan kewangan.pdf

Download (101kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 03 Feb 2014 12:26
Last Modified: 03 Feb 2014 12:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27285
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item