Simple Search:

Persidangan gaharu antarabangsa memacu saintis UPM mendalami penyelidikan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Persidangan gaharu antarabangsa memacu saintis UPM mendalami penyelidikan. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 24 Dis (UPM) –Gaharu, agarwood, aloewood atau biar apa pun nama yang diberi kepadanya, namun bahan ini tetap terkenal dengan keharumannya yang luar biasa hingga ada orang mengangapnya sebagai “keharuman dari syurga”. Baunya yang begitu harum juga menyebabkn pelayar pada zaman dahulu kala sanggup menempuh badai dan taufan untuk mencari gaharu. Hakikatnya, keistimewaan serta daya tarikan gaharu terus memikat hati manusia sejak dulu hingga kini. Malah, permintaan terhadapnya juga amat tinggi, hinggakan pokok yang menghasilkan gaharu, khususnya dari spesies Aquilaria (dikenali sebagai karas di Malaysia) yang tumbuh liar di hutan belantara, kini disenaraikan di dalam Lampiran II Konvensyen Mengenai Pemerdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) sejak 1995. Permintaan yang begitu tinggi terhadap gaharu hingga menjadikannya suatu tradisi masyarakat antarabangsa sejak zaman berzaman adalah kerana keharumannya yang dikatakan mampu mewujudkan suasana tenang dan sejahtera serta boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan menyucikan jiwa.


Download File

[img]
Preview
PDF
Persidangan gaharu antarabangsa memacu saintis UPM mendalami penyelidikan.pdf

Download (324kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 27 Dec 2013 09:32
Last Modified: 27 Dec 2013 09:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27134
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item