UPM Institutional Repository

UPM jalin kerjasama penyelidikan mikroorganisma dengan WDCM China


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) UPM jalin kerjasama penyelidikan mikroorganisma dengan WDCM China. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 16 Dis (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan WFCC-MIRCEN World Data Centre for Microorganisms (WDCM), China menjalin kerjasama penyelidikan mikroorganisma untuk meningkat peranan UPM sebagai sebuah entiti koleksi kultur mikrob di dalam dan di luar negara. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar berkata kerjasama itu akan menjadikan agenda pemuliharaan biodiversiti mikroorganisma sebagai agenda penyelidikan utama negara. “Ini adalah ke arah membina jaringan koleksi Kultur Peringkat Kebangsaan di Malaysia serta akan lebih dikenali di kalangan komuniti saintifik di dalam dan luar negara sebagai sebuah entiti koleksi kultur mikrob,” katanya di sini hari ini. Beliau telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu pada Majlis Perasmian Management of Microbial Culture Collection Seminar dan Workshop 2013 di sini pada 30 September lepas.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM jalin kerjasama penyelidikan mikroorganisma dengan WDCM China.pdf

Download (105kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 23 Dec 2013 07:05
Last Modified: 23 Dec 2013 07:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27109
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item