Simple Search:

Kajian antitumor UPM raih geran penyelidikan bernilai


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Kajian antitumor UPM raih geran penyelidikan bernilai. [UPM News]

Abstract / Synopsis

KUALA LUMPUR, 3 Dis (UPM) – Penggunaan virus sebagai agen anti tumor atau agen pencegah sel kanser membawa tuah kepada penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila memenangi hadiah geran penyelidikan bernilai RM30 ribu dari Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Penyelidik Dr. Yeap Swee Kong, 31, yang menerima hadiah Anugerah Penyelidikan Kanser MAKNA 2013 (MAKNA Cancer Research Award 2013) berkata penyelidikannya mengenai Virus Penyakit Newcastle (NDV), iaitu virus yang selalu menyerang ternakan dikenal pasti sebagai agen anti kanser kerana sifatnya yang selektif terhadap sel kanser dan bukan pada sel hidup sihat yang normal. “Mekanisme NDV sebagai agen anti kanser masih lagi berada di peringkat kajian dan kami di UPM sedang melihat sejauh mana keberkesanan NDV ini untuk mengekang sel kanser terutama kanser payudara,” katanya pada majlis Anugerah Penyelidikan Kanser MAKNA 2013 di sini.


Download File

[img]
Preview
PDF
Kajian antitumor UPM raih geran penyelidikan bernilai.pdf

Download (68kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 23 Dec 2013 15:02
Last Modified: 23 Dec 2013 15:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27108
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item