UPM Institutional Repository

Iqbal Saripan juara National Young Scientist Award 2013


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Iqbal Saripan juara National Young Scientist Award 2013. [UPM News]

Abstract

KUALA LUMPUR, 14 November 2013 – Prof. Madya Dr. Iqbal Saripan dinobatkan sebagai juara kategori National Young Scientist Award 2013 (Anugerah Saintis Muda Negara) mengalahkan dua lagi finalis yang masing-masing dari Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaya pada malam penganugerahan Gala Night World Innovation Forum Kuala Lumpur (WIF-KL) 2013. Dr. Iqbal Saripan, 33, yang merupakan Ketua Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan menumpukan penyelidikan dalam bidang pemprosesan isyarat/imej digital, pengimejan perubatan, kejuruteraan bioperubatan dan pemprosesan audio dan video. Beliau membawa pulang hadiah yang merupakan RM20, 000, trofi dan juga sijil pada majlis anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).


Download File

[img]
Preview
PDF
Iqbal Saripan juara National Young Scientist Award 2013.pdf

Download (77kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 23 Dec 2013 04:40
Last Modified: 23 Dec 2013 04:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27097
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item