UPM Institutional Repository

Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia


Citation

Mahfar, Mastura (2011) Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Pendidikan Rasional Emotif yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenalpasti kesan Modul Pendidikan Rasional Emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan pelajar. Reka bentuk kajian ialah kajian true experimental yang menggunakan kelompok kawalan rawak ujian-pra dan ujianpasca. Subjek kajian terdiri daripada seramai 90 orang pelajar Tingkatan Satu daripada tiga buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Johor yang telah dipilih secara persampelan rawak berkelompok dan seterusnya diagihkan secara rawak kepada kelompok eksperimen besar (KEB), kelompok eksperimen kecil (KEK) dan kelompok kawalan (KKw). Hanya kelompok eksperimen sahaja telah mengikuti rawatan modul selama tempoh sembilan minggu sementara kelompok kawalan tidak diberikan sebarang rawatan. Kesemua kelompok telah menjawab Soal Selidik Kepercayaan Pelajar (SSKP) dan Soal Selidik Tekanan Pelajar (SSTP) yang sama sebelum dan selepas rawatan. Data kajian yang diperoleh telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai telah digunakan dalam analisis deskriptif bagi menganalisis maklumat demografi, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan modul. Manakala, statistik inferensi iaitu ujian-t dua sampel bersandar dan ANOVA Sehala digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa Modul Pendidikan Rasional Emotif yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu .92. Nilai pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach pula ialah .93. Keputusan kajian eksperimen pula telah menunjukkan 1) terdapat perbezaan signifikan antara ujian-pra dan ujian-pasca KEB dan KEK bagi kepercayaan tidak rasional, tekanan dan kesemua subskala kepercayaan tidak rasional (pendesakan, keterukan, toleransi kekecewaan rendah dan penilaian menyeluruh) kecuali KKw 2) terdapat perbezaan signifikan antara ujian-pasca KEB dengan KKw dan juga KEK dengan KKw bagi kepercayaan tidak rasional, tekanan dan kesemua subskala kepercayaan tidak rasional 3) tidak terdapat perbezaan signifikan antara ujian-pasca KEB dengan KEK bagi kepercayaan tidak rasional, tekanan dan subskala kepercayaan tidak rasional kecuali subskala toleransi kekecewaan rendah. Secara kesimpulannya, Modul Pendidikan Rasional Emotif yang dibina berasaskan pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) ini adalah bersesuaian bagi mengurangkan kepercayaan tidak rasional dan tekanan pelajar Tingkatan Satu, SBP sama ada dilaksanakan melalui kelompok kecil atau kelompok besar.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2011 31R.pdf

Download (517kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Emotive (Linguistics)
Subject: Students - Education - Johor
Call Number: FPP 2011 31
Chairman Supervisor: Profesor Madya Sidek Mohd Noah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 05:41
Last Modified: 26 Jan 2022 05:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26935
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item