Simple Search:

Profesor Veterinar UPM diberi penghormatan oleh rakan sekerjaya seantero dunia


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Profesor Veterinar UPM diberi penghormatan oleh rakan sekerjaya seantero dunia. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 15 Okt (UPM) -- Seorang Profesor Perubatan Avian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi penghormatan oleh Persatuan Veterinar Poltri Sedunia (World Veterinary Poultry Association-WVPA) yang menghubungkan saintis poltri daripada seluruh dunia. Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris dilantik oleh Badan Eksekutif WVPA menjadi anggota ulung Balai Penghormatan (Hall of Honour) persatuan itu. WVPA telah wujud sejak 54 tahun yang lalu dan hanya 52 individu telah dipilih untuk anugerah unggul itu. Prof Aini, Timbalan Naib Canselor UPM (Akademik dan Antarabangsa) telah secara rasminya menerima `Testamur’ pelantikan tersebut daripada Presiden WVPA, Dr. Trevor J. Bagust, semasa sidang Kongres WVPA di Nantes, Perancis pada 22 Ogos 2013. “Keahlian Balai Penghormatan WVPA adalah untuk pakar veterinar poltri/saintis veterinar poltri yang memberi sumbangan kepada WVPA dan pengurusan kesihatan penternakan poltri sedunia yang diiktiraf oleh rakan-rakan sekerjaya mereka sebagai cemerlang,” kata Dr Bagust dalam suratnya kepada Prof Aini berhubung pelantikan beliau ke Balai Penghormatan itu pada Mac yang lalu.


Download File

[img]
Preview
PDF
Profesor Veterinar UPM diberi penghormatan oleh rakan sekerjaya seantero dunia.pdf

Download (124kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 12 Nov 2013 14:14
Last Modified: 12 Nov 2013 14:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26917
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item