Simple Search:

Pelajar sains UPM juara cabaran berniaga syarikat gergasi Procter & Gamble


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Pelajar sains UPM juara cabaran berniaga syarikat gergasi Procter & Gamble. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 9 Sept (UPM) – Walaupun Nor Aslinda binti Abdul Rahman mengikuti pengajian Petrokimia namun beliau terbukti juga cekap dalam selok belok perniagaan apabila muncul juara dalam satu pertandingan anjuran Procter & Gamble, sebuah syarikat gergasi multi-nasional Amerika yang mengeluarkan sejumlah besar barangan pengguna. Aslinda, 21, berasal dari Batu Pahat dijadual akan memulakan pengajian tahun ketiga untuk ijazah Bacelor dari Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia semester akan datang Persoalannya bagaimana seorang pelajar sains boleh melibatkan diri dalam satu pertandingan bidang perniagaan dianjurkan oleh syarikat pembuat barangan seperti kosmetik, sabun pencuci, ubat-ubatan dan lampin bayi? Segalanya bermula apabila beliau mengetahui mengenai pertandingan itu daripada Prof Madya Dr Zulhamri Abdullah, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM (CEM) yang juga mengajar satu kursus wajib iaitu asas keusahawanan kepada semua mahasiswa UPM. Beliau lantas mendaftar menyertai pertandingan berkenaan, ASEAN Business Challenge (ABC) 2013 dianjurkan Mac lalu oleh Procter and Gamble (dikenali ramai sebagai P & G) dengan kerjasama CEM.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar sains UPM juara cabaran berniaga syarikat gergasi Procter & Gamble.pdf

Download (140kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 12 Sep 2013 10:09
Last Modified: 12 Sep 2013 10:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26508
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item