UPM Institutional Repository

Pengenalan rangkakerja metodologi dalam kajian penyelidikan: satu kajian literatur


Citation

Ang, Kean Hua (2016) Pengenalan rangkakerja metodologi dalam kajian penyelidikan: satu kajian literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1 (2). pp. 17-24. ISSN 2504-8562

Abstract

Kajian penyelidikan merupakan kaedah akademik yang diaplikasikan dalam dunia sebenar bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan masyarakat. Proses penyelidikan dalam mencapai objektif kajian mempunyai rangkakerja lengkap termasuk metodologi. Metodologi ialah kaedah digunakan untuk mengutip dan mengumpul data melalui tatacara efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Metodologi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu proses perancangan, proses aplikasi dan proses analisis. Kajian literatur rangkakerja metodologi ini mengutamakan proses perancangan yang melibatkan reka bentuk kajian penyelidikan yang boleh dibahagikan kepada eksperimental dan bukan eksperimental. Kaedah eksperimental boleh dikategorikan kepada kajian eksperimental benar dan kajian kuasi eksperimental. Kaedah bukan eksperimental dibahagikan kepada kajian tinjauan, kajian lapangan, kajian kes, kajian tindakan dan kajian sejarah. Kebanyakan kaedah eksperimental digunakan dalam bidang sains tulen, manakala kaedah bukan eksperimental digunakan dalam bidang sains sosial. Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah masih relevan untuk diaplikasikan ke dalam bidang-bidang kajian tertentu agar dapat mencapai objektif dan hipotesis kajian. Oleh itu, metodologi wajib dirancang dan diaplikasikan dengan betul, tepat dan jitu supaya proses sebelum dan semasa mengutip data serta selepas mengumpul data tidak mengalami sebarang kesalahan, kesilapan dan kecuaian yang boleh menjejaskan kajian peneyelidikan.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Pengenalan rangkakerja metodologi dalam kajian penyelidikan satu kajian literatur.pdf

Download (34kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Objectives; Hypotheses; Design; Application; Analysis
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 15 Apr 2020 16:14
Last Modified: 15 Apr 2020 16:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26126
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item