UPM Institutional Repository

UPM Prihatin Pembangunan Masyarakat Orang Asli


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Prihatin Pembangunan Masyarakat Orang Asli. [UPM News] (Unpublished)

Abstract

TANAH RATA – Beberapa pensyarah dan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) prihatin terhadap pembangunan masyarakat Orang Asli dengan menganjurkan aktiviti khidmat masyarakat di Tanah Rata dan Temerloh baru-baru ini. Sekumpulan pensyarah Jabatan Multimedia, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) telah menjalankan program ITNITI iaitu bantuan khidmat komuniti teknologi maklumat kepada Orang Asli Islam Suku Semai di Sungai Ruil di sini. Pengarah program, Dr. Lili Nurliyana Abdullah berkata FSKTM menyumbang dua set komputer kepada makmal komputer penduduk kampung, makanan dan pakaian serta mengadakan sesi dialog untuk meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat penduduk di situ. “Kami berhasrat untuk meningkatkan aktiviti khidmat masyarakat dalam bidang teknologi maklumat supaya kumpulan sasaran tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” katanya yang merupakan Ketua Jabatan Multimedia. Wakil Tok Batin, Aswot Zainal menyifatkan sumbangan UPM wajar dicontohi oleh pelbagai pihak supaya masyarakat mereka yang kekurangan infrastruktur komputer tidak tercicir daripada kemajuan teknologi maklumat. Sementara itu beberapa pelajar dari Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia telah menjalankan aktiviti dua hari interaksi mengenai tahap kemajuan masyarakat Orang Asli suku kaum Che Wong di Temerloh, Pahang baru-baru ini. FSKTM menyumbang dua set komputer kepada makmal komputer penduduk kampung, makanan dan pakaian Pengarah program, Muhamad Ali Rafiq Abdul Ghani berkata pelajar-pelajar bukan sahaja menyampaikan sumbangan pakaian tetapi turut tidur dan memasak bersama-sama masyarakat yang merupakan ‘saudara baru’ itu.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Prihatin.pdf

Download (117kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Users 16 not found.
Date Deposited: 23 May 2008 13:31
Last Modified: 27 May 2013 06:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/257
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item