Simple Search:

UPM, Universitas Sumatera Utara buka jalan eratkan hubungan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) UPM, Universitas Sumatera Utara buka jalan eratkan hubungan. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 7 June (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universitas Sumatera Utara (USU) akan mengadakan pertukaran tenaga akademik dan penyelidikan setelah kedua-dua universiti itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk tujuan itu di sini hari ini. Persefahaman itu telah ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan dan Timbalan Rektor USU (Perancangan dan Kerjasama), Prof Dr Ningrum Natasya Sirait. Upacara itu disaksikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Pertanian UPM, Prof Madya Dr Che Fauziah Ishak dan Dekan Fakulti Pertanian USU, Prof Dr Ir Darma Bakti. Pakatan yang berkuat kuasa untuk tempoh lima tahun itu adalah hasil daripada satu lawatan ke UPM oleh sekumpulan pensyarah dan pelajar USU pada 2011. Ia juga merangkumi pertukaran idea dan amalan, termasuk penyelidikan bersama dan pembangunan kurikulum, pertukaran pelajar dan kerjasama dalam pengajian dan projek ekstensi komuniti.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM, Universitas Sumatera Utara buka jalan eratkan hubungan.pdf

Download (103kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 19 Jul 2013 01:37
Last Modified: 19 Jul 2013 01:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/25594
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item