Simple Search:

Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu


Citation

Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Mat Hassan, Ahmad Fuad (2011) Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11 (3). pp. 31-51. ISSN 1675-8021

Abstract / Synopsis

Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu. Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Sehubungan itu tulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu menggunakan hipotesis Sapir-Whorf. Data peribahasa dikumpul daripada empat buah teks peribahasa Melayu iaitu Kitab Kiliran Budi, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, 1001 Peribahasa Melayu, dan Peribahasa SPM. Hasil kajian mendapati peribahasa Melayu memaparkan pemikiran Melayu dalam lima kategori falsafah iaitu pemikiran tentang kewujudan (metafizik), pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistimologi), pemikiran tentang moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam ini (logik), dan pemikiran tentang keindahan (estetika). Kajian juga membuktikan terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf. Kesimpulannya, penelitian terhadap peribahasa Melayu telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu dalam penciptaan peribahasa Melayu dengan bersumberkan alam sekeliling.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu.pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Thought; Language; Malay proverb; Sapir-Whorf hypothesis
Depositing User: Nur Farahin Ramli
Date Deposited: 25 Feb 2014 08:57
Last Modified: 22 Aug 2017 07:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/24356
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item