UPM Institutional Repository

UPM tumpuan syarikat cari pekerja siswazah


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) UPM tumpuan syarikat cari pekerja siswazah. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 15 Mei (UPM) – Lebih 3,000 siswazah melawat pesta pekerjaan dua hari disertai lebih 50 perbadanan dan syarikat multinasional yang menawarkan kerja kepada graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan lain-lain institusi pengajian tinggi. Pesta Kerjaya itu yang dianjurkan bersama oleh Pusat Pembangunan Keusahasawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM dan Careertour (M) Sdn Bhd, dilancarkan oleh Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan di kampus UPM hari ini. Pada hari pertama saja, lebih 2,000 graduan mengunjunginya manakala seramai 1,000 pada hari kedua, kata Keith Loo, Eksekutif Pemasaran Careertour. Ia disertai 53 syarikat yang membuka gerai dan berdasarkan pengalaman lalu, peserta berpuas hati dengan sambutan daripada pencari kerja.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_tumpuan_syarikat_cari_pekerja_siswazah.pdf

Download (132kB)
Official URL or Download Paper: http://www.upm.edu.my/berita/details/careertourbm

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 23 May 2013 03:07
Last Modified: 27 May 2013 08:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21854
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item