Simple Search:

Muhammad Razie dan Lai Kwan dinobatkan Atlet Terbaik UPM 2013


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Muhammad Razie dan Lai Kwan dinobatkan Atlet Terbaik UPM 2013. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 14 Mei – Pemain hoki negara Muhammad Razie Abd Rahim dan perenang negara Chui Lai Kwan dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Anugerah Sukan UPM Ke-30 di sini hari ini. Kedua-dua atlet masing-masing membawa pulang piala iringan dan wang tunai sebanyak RM1,500 yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni), UPM Porf. Dr. Mohammad Shatar Sabran. Bagi Muhammad Razie, pelajar Fakulti Ekologi Manusia, pemilihan beliau berdasarkan pencapaian cemerlang bersama skuad kebangsaan tahun lalu dan meraih tempat ketiga Kelayakan Olimpik di Dublin, Ireland. Manakala Lai Kwan, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang meraih 14 emas pada Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 dan turut membantu skuad renang kebangsaan memenangi tiga pingat emas dan satu perak pada kejohanan Sukan Asean (AUG) di Laos tahun lalu.


Download File

[img]
Preview
PDF
Muhammad_Razie_dan_Lai_Kwan_dinobatkan_Atlet_Terbaik_UPM_2013.pdf

Download (85kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 23 May 2013 03:00
Last Modified: 27 May 2013 08:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21853
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item