Simple Search:

UPM Anjur Bengkel Tangani Penyakit Berjangkit


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Anjur Bengkel Tangani Penyakit Berjangkit. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 22 NOVEMBER – Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Parasitologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan bengkel bagi membincangkan pelbagai aspek mengenai penyakit tropika. Bengkel bertemakan ‘Isu Global dan Hala Tuju Penyakit Tropika’ itu membincangkan pelbagai aspek mengenai penyakit tropika dengan memfokuskan penyakit denggi termasuk perkembangan semasa, langkah pencegahan secara pantas serta jangkitannya seperti virus dan bakteria. Pakar perubatan Mikrobiologi UPM, Dr. Leslie Than Thian Lay berkata peserta berpeluang meningkatkan pemahaman dan kepakaran mereka secara teori sebelum dipraktikkan secara langsung. “Boleh dikatakan hampir semua peserta bukan ahli akademik adalah individu yang bertugas dalam makmal dan bertanggungjawab mengenal pasti jangkitan yang dihidapi pesakit. Kira- kira 100 peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah, kakitangan hospital dan orang awam menyertai bengkel yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Kuliah Utama FPSK.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Anjur_Bengkel_Tangani_Penyakit_Berjangkit.pdf

Download (68kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 10 Nov 2009 07:46
Last Modified: 27 May 2013 06:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2127
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item