UPM Institutional Repository

Penaksiran kemahiran insaniah awalan dalam kalangan pelajar


Citation

Konting, Mohd Majid and Kamaruddin, Norfaryanti and Man, Nor Azirawani and Adam, Azura and Abdullah, Siti Norziah (2007) Penaksiran kemahiran insaniah awalan dalam kalangan pelajar. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 247-258).

Abstract

Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat agar para graduan menguasai Kemahiran Insaniah (KI). Daripada tujuh elemen KI, terdapat 34 sub-elemen yang mana 16 daripadanya adalah Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan 18 adalah Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT). Maklumat awal prestasi KI pelajar baharu perlu diperoleh bagi memastikan program intervensi yang sesuai dapat dHakukan dengan berkesan sepanjang pengajian mereka. Satu set penaksiran KI peringkat awal kemasukkan, pertengahan dan akhir pengajian perlu dibangunkan. Selaras dengan keperluan ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membangunkan instrumen bagi menaksir penguasaan KI pelajar pada peringkat awal kemasukan. Instrumen ini digubal berasaskan persepsi pelajar baharu terhadap 16 sub-elemen Kemahiran Insaniah Mesti (KIM). Penggubalan instrumen bagi setiap satu daripada tUjuh elemen dHakukan oleh sekumpulan pensyarah dalam bidang berkaitan daripada pelbagai fakulti di UPM. Instrumen ini dikaji rintis bagi menentusahkan kepada tiga kelompok sampel iaitu pelajar tingkatan enam atas, pelajar matrikulasi dan pelajar asasi sains. HasH kajian menunjukkan instrumen yang asalnya mengandungi 102 item berbentuk skala Likert 4 mata ini mempunyai indeks kebolehpercayaan Cronbach Alpha keseluruhan 0.70. Instrumen ini dimurnikan dan 95 item digunakan dengan indeks kebolehpercayaan 0.94. Penaksiran KI 4,281 pelajar baharu kemasukan Sesi 2007/2008 dijalankan pada Minggu Suaikenal. HasH kajian mendapati pelajar baharu mempunyai tahap KIM keseluruhan yang sederhana tinggi (min = 3.07) dengan min setiap eleman antara 2.92 hingga 3.17. Ujian t-rest dan ANOVA menunjukkan wujudnya perbezaan tahap penguasaan KI berdasarkan faktor kelayakan masuk, keanggotaan dalam persatuan, unit beruniform dan badan akademik di sekolah serta kelompok bidang pengajian yang mereka ikuti di UPM.Namun tidak terdapat perbezaan penguasaan KI mengikut jantina dan keaktifan penglibatan dalam sukan. Program intervensi yang sesuai dan berkesan perlu dilakukan secara bersepadu bagi memastikan setiap pelajar menguasai bukan sahaja Kemahiran Insaniah Mesti malah Kemahiran Insaniah Tambahan sebelum mereka bergraduat.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Graduate students - Life skills guides - Malaysia
Subject: Soft skills - Malaysia
Subject: Universities and colleges - Curricula - Malaysia
Divisions: Centre for Extension and Continuing Education
Keywords: Soft skills; Graduate students; Curriculum
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 05 Jun 2013 08:24
Last Modified: 16 Jan 2015 09:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20827
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item