Simple Search:

Pelantikan Naib Canselor UPM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Pelantikan Naib Canselor UPM. [UPM News]

Abstract / Synopsis

PUTRAJAYA, 3 Januari - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, 52, sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu untuk tempoh selama tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015. Beliau yang berpengalaman dalam bidang akademik selama 24 tahun menggantikan Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi. Asas-asas Pemilihan Menurut kenyataan akhbar Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini, asas-asas pemilihan Naib Canselor ialah kerana UPM merupakan sebuah universiti berstatus penyelidikan yang mempunyai pelbagai kepakaran dan niche dalam bidang pertanian. “Pemilihan Prof. Datuk Dr. Fauzi Ramlan sebagai Naib Canselor UPM adalah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian serta mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan, dan kepakaran beliau serta pengalaman memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia. “Pemilihan beliau diharapkan dapat membawa UPM ke tahap yang lebih tinggi di peringkat negara dan juga antarabangsa,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelantikan_Naib_Canselor_UPM.pdf

Download (48kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 15 Jan 2013 04:27
Last Modified: 27 May 2013 08:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20805
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item