Simple Search:

Persepsi pensyarah terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran.


Citation

Ab Aziz, Sidek and Md Yunus, Aida Suraya and Abdul Ghani, Abdul Azim and Meseran, Hamidah and Abu Bakar, Kamariah (2007) Persepsi pensyarah terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 196-214).

Abstract / Synopsis

Satu prototaip sistem pengurusan pembelajaran (LMS) berdasarkan Model Reka Bentuk Pemprototaipan Pantas telah dibangunkan. Persepsi pensyarah mengenai keperluan LMS bagi menyokong pembudayaan e-pembelajaran dan menilai penggunaannya telah dijalankan. Persepsi pensyarah terhadap e-pembelajaran dari aspek sikap, kemahiran teknologi dan juga bidang kepakaran dikaji bagi mengetahui keperluan pensyarah untuk menggunakan prototaip LMS tersebut. Kajian mendapati pensyarah amat positif terhadap perubahan-perubahan baru yang berlaku terutama pembangunan ICT di kampus. Persepsi pensyarah terhadap prototaip LMS yang dibangunkan mendapati mereka begitu positif dan bersetuju dengan reka bentuk antaramukaan dan navigasi dengan nilai skor min melebihi 3.50 bagi setiap item yang diberikan. Responden bersetuju dengan reka bentuk LMS yang mudah dengan teks dipersembahkan dengan jelasnya (min=4.10, sp=O.77), kejelasan ikon atau grafik (min=4.14, sp=0.64), arahan-arahan yang mudah untuk diikuti (min=4.10, sp=0.68) dan dapat meneroka LMS tersebut (min=4.10, sp=0.79) dengan mudahnya. Hasil kajian juga mendapati lebih 40 pensyarah (53%) yang mengamalkan kaedah SCL mengemaskinikan nota-nota kuliah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Prototaip LMS telah berupaya menyediakan perkhidmatan sepertimana keperluan yang dikehendaki (min=3.35, sp=0.93) oleh pengguna. Bagi tujuan pengurusan bahanbahan pengajaran menerusi LMS, responden juga bersetuju bahawa amat mudah untuk memuat-naik (min=3.69, sp=0.82) dan memuat-turun (min=3.70, sp=0.80) dokumen-dokumen pengajaran. Secara keseluruhan responden bersetuju bahawa prototaip LMS tersebut yang mengandungi bilangan modul yang minimum amat begitu mudah untuk digunakan (min=4.04, sp=0.79) bersesuaian dengan tahap kemahiran ICT pensyarah.


Download File

[img] PDF
ID 20241.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Perceptual learning - Lecturers
Subject: Virtual computer systems
Divisions: Centre for Extension and Continuing Education
Faculty of Computer Science and Information Technology
Faculty of Educational Studies
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 23 May 2013 16:03
Last Modified: 18 Nov 2014 13:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20241
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item