UPM Institutional Repository

Orientasi Keperibadian, Sikap dan Amalan Pengusaha Padi Maju di Barat Laut Selangor


Citation

Hassan, Salim (2011) Orientasi Keperibadian, Sikap dan Amalan Pengusaha Padi Maju di Barat Laut Selangor. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mendalami kefahaman terhadap orientasi keperibadian, sikap dan amalan pengusaha padi maju di Barat Laut Selangor. Rekabentuk kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian kes telah digunakan. Kajian ini berpandukan kepada soalan-soalan berikut: (1) Apakah ciri-ciri keperibadian pengusaha padi maju di Barat Laut Selangor? (2) Apakah sikap dan amalan pengusaha padi maju di Barat Laut Selangor? Responden telah dipilih berdasarkan kriteria berikut: i) telah memperolehi purata hasil tidak kurang dari 7.5 mt./ha., sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut; (ii) mengusahakan sawah sendiri dan/atau menyewa. Teknik pengumpulan utama data dalam kajian ini adalah melalui temubual berpandukan kepada garispanduan yang telah direkacipta. Seramai tujuh pengusaha padi maju telah ditemubual secara individu. Temubual telah dijalankan dalam Bahasa Melaysia, telah dirakamkan dan kemudian ditranskrip secara verbatim. Analisis data adalah secara manual dengan menggunakan perbandingan kekal (constant comparative) telah berjaya menghasilkan tema-tema berkaitan. Isu etika telah diambilkira. Bagi tujuan kesahihan kajian, teknik pemereksaan rakan, triangulasi dan semakan ahli telah digunakan. Dapatan kajian mencadangkan tujuh ciri-ciri keperibadian unggul sebagai pengusaha padi maju seperti berikut: (i) sebagai pencari maklumat, (ii) sanggup menanggung risiko, (iii) mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah, (iv) sanggup mengeluarkan modal, (v) mempunyai jaringan maklumat yang luas, (vi) berani membuat keputusan dan tegas melaksanakannya, dan (vii) berdisiplin. Bagi persoalan kedua kajian mendapati pengusaha padi maju di Barat Laut Selangor bersikap positif terhadap pembangunan tanaman padi dan telah membudayakan amalan berikut: (i) mempunyai matlamat yang jelas, (ii)mengusahakan kawasan sawah secara luas, (iii) membuat sendiri perancangan aktiviti sawah, (iv) melaksana sendiri aktiviti sawah, (v) memantau sendiri pekerja upahan, dan (vi) menilai sendiri keberkesanan teknologi yang telah amalkan. Dapatan kajian juga menunjukkan pengusaha padi maju di Barat Laut Selangor telah mengamalkan teknologi yang mempengaruhi peningkatan hasil. Kajian telah merumuskan bahawa dengan orientasi keperibadian yang unggul dan fikiran yang positif telah mendorong pengusaha padi maju di Barat Laut Selangor untuk mendapat produktiviti hasil yang tinggi. Ini telah membolehkan mereka mendapat pendapatan yang lumayan. Kajian telah menyumbang informasi yang bernilai untuk stakeholder padi dan pemajuan desa di samping kepada teori pembelajaran.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP_2011_15_ir.pdf

Download (640kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Personality and occupation - Selangor
Subject: Farmers - Attitudes
Subject: Attitude (Psychology) - Selangor
Call Number: FPP 2011 15
Chairman Supervisor: Azizan Asmuni, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 03:16
Last Modified: 26 Jan 2022 03:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20023
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item