UPM Institutional Repository

Motivasi dan Bina Upaya Diri dalam Kalangan Usahawan Wanita Industri Kecil di Johor dan Melaka, Malaysia


Citation

Muhamad Nasharudin, Nurfazreen Aina (2011) Motivasi dan Bina Upaya Diri dalam Kalangan Usahawan Wanita Industri Kecil di Johor dan Melaka, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti motivasi dan bina upaya diri dalam kalangan usahawan wanita Industri Kecil di Johor dan Melaka, Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan latarbelakang pengusaha dan latarbelakang perniagaan usahawan wanita, mengenalpasti tahap motivasi dan tahap bina upaya diri dalam kalangan usahawan wanita, mengenalpasti hubungan latarbelakang pengusaha dan latarbelakang perniagaan dengan tahap motivasi dan tahap bina upaya diri usahawan wanita dan akhir sekali untuk menentukan faktor yang menyumbang kepada tahap bina upaya diri usahawan wanita. Kajian melibatkan 200 orang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan di negeri Johor dan Melaka. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk survei. Pengumpulan data dijalankan selama dua bulan dengan menggunakan borang soal selidik. Ujian rintis menunjukkan hasil realibiliti yang tinggi. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah perisian Statistical Package for the Social Science, (SPSS v. 16). Analisis adalah menggunakan statistik deskriptif, korelasi matrix dan regresi (stepwise). Hasil analisis statistik deskriptif menunjukkan majoriti usahawan wanita berumur 31-40 tahun, telah berkahwin, mendapat pendidikan tertinggi di peringkat SPM, mempunyai pengalaman dalam perniagaan antara 1-10 tahun dan majoriti menjalankan perniagaan tanpa mewarisi daripada ibu bapa. Latarbelakang perniagaan menunjukkan majoriti usahawan wanita menjalankan perniagaan berasaskan makanan, mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa di awal perniagaan dan sekarang, pendapatan perniagaan melebihi RM 10,000 pada tahun pertama perniagaan dan jumlah responden yang mempunyai pendapatan perniagaan melebihi RM10,000 meningkat pada tahun 2009. Hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap motivasi dan tahap bina upaya diri yang tinggi. Ujian korelasi matrix menunjukkan status pendidikan, tahap penglibatan dalam perniagaan utama, pengalaman dalam bidang perniagaan, tempoh menubuhkan perniagaan dan pendapatan perniagaan tahun 2009 mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap motivasi. Malah, status pendidikan, tahap penglibatan dalam perniagaan utama, pengalaman dalam bidang perniagaan, tempoh menubuhkan perniagaan dan pendapatan perniagaan tahun 2009 mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap bina upaya diri. Akhir sekali, tahap motivasi didapati signifikan dengan tahap bina upaya diri. Hasil ujian regresi (stepwise) menunjukkan status pendidikan merupakan variabel yang paling tinggi menyumbang kepada tahap bina upaya diri. Keseluruhannya, kajian ini dapat menunjukkan bahawa status pendidikan memainkan peranan penting kerana ia merupakan faktor yang paling menyumbang kepada tahap bina upaya diri dalam kalangan usahawan wanita. Implikasi daripada kajian ini ialah tahap motivasi dan tahap bina upaya diri mempengaruhi keupayaan dan kredibiliti usahawan wanita untuk lebih berdaya maju dalam perniagaan. Oleh itu, diharapkan pihak kementerian atau agensi berkaitan bersama-sama menganjurkan pelbagai program atau kursus yang dapat membantu usahawan wanita meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Dengan demikian, proses bina upaya diri dalam kalangan usahawan wanita lebih cepat berlaku.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM_2011_3.pdf

Download (643kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Motivation (Psychology) - Johor
Subject: Motivation (Psychology) - Melaka
Subject: Businesswomen - Johor
Call Number: FEM 2011 3
Chairman Supervisor: Ma’rof Redzuan, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 15 May 2014 01:56
Last Modified: 15 May 2014 02:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19464
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item