UPM Institutional Repository

Implikasi Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Terhadap Penggunaan Istilah Sains dalam Bahasa Malaysia


Citation

Bongkiho, Dohibang (2011) Implikasi Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Terhadap Penggunaan Istilah Sains dalam Bahasa Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan dalam kalangan pelajar tingkatan satu yang merupakan pelajar kohort 1, sekolah rendah semasa PPSMI dilaksnakan. Seramai 75 orang telah diambil sebagai responden yang mewakili 5 jenis aliran kelas iaitu bahasa Arab, bahasa Kadazandusun, bahasa Cina, kelas muzik dan kelas biasa. Pemupusan istilah sains dalam bahasa Malaysia bermaksud tahap penguasaan istilah sains dalam bentuk serapan, pinjam terjemah dan berilustrasi, persepsi pelajar terhadap kemampuan bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu sains dan hubungan antara keduanya dengan teori hierarki tahap pemupusan bahasa oleh David Crystal. Faktor pemupusan istilah sains diukur berdasarkan pencapian ujian menterjemah istilah sains oleh pelajar, sikap dan persepsi mereka dalam penggunaan, kepentingan dan prospek bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu sains. Dapatan kajian menunjukkan skor min dalam keseluruhan ujian istilah mengikut gred adalah rendah. Hanya 6 orang mendapat gred cemerlang (A), sementara 6 orang lagi gred baik (B), hanya 4 orang mendapat gred sederhana (C), seramai 13 orang mendapat gred lulus (D), berbanding yang mendapat gred gagal (E) seramai 35 dan gred amat lemah (F) seramai 11 orang. Keputusan ujian tahap penguasaan menterjemah istilah sains dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia ini menunjukkan kelemahan ketara pelajar dalam menguasai istilah sains bahasa Malaysia. Pelaksaaan PPSMI yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran sains telah menyebabkan pelajar tidak mengalami proses pemerolehan istilah sains dalam bahasa Malaysia hingga menyebabkan tahap penguasaan mereka amat lemah sekali. Selepas dibandingkan, didapati bahawa markah untuk ujian istilah sains yang dibentuk secara pinjam terjemah lebih rendah berbanding istilah sains yang dibentuk secara serapan. Sikap dan persepsi mereka terhadap bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu juga menyumbang kepada fenomena ini. Dapatan kajian mengenai persepsi pelajar menunjukkan kecenderungan mereka untuk menyetujui bahawa bahasa yang paling sesuai untuk menjadi bahasa ilmu sains adalah bahasa Inggeris kerana memberi manfaat yang banyak. Seterusnya, apabila diuji dengan teori hierarki tahap kepupusan bahasa oleh David Crystal, dapatan kajian menunjukkan tahap pemupusan berada pada tahap 2 dengan skor min 2.94. Secara keseluruhannya, terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pemupusan istilah sains dengan teori hierarki mengikut David Crystal. Justeru, pelaksanaan PPSMI memberikan impak pemupusan istilah sains dalam bahasa Malaysia yang ketara melalui tahap penguasaan istilah sains tersebut dan persepsi akan kemampuan bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu sains. Tahap pemupusan ini juga agak tinggi iaitu berada padaadalah amat wajar kerana pelaksanaannya menyumbang kepada pemupusan istilah sains dalam bahasa Malaysia.tahap 2 mengikut David Crystal. Oleh itu, keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2011_18.pdf

Download (489kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Science - Study and teaching - Malaysia
Subject: Mathematics - Study and teaching - Malaysia
Call Number: FBMK 2011 18
Chairman Supervisor: Hjh. Nor Azuwan Yaakob, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 22 Apr 2014 01:55
Last Modified: 22 Apr 2014 01:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19415
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item