UPM Institutional Repository

Implikatur Dalam Perbualan Pelajar Universiti Putra Malaysia


Citation

Mat Saleh, Muhamad Safuan (2011) Implikatur Dalam Perbualan Pelajar Universiti Putra Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Implikatur merujuk kepada penggunaan bahasa yang tersurat untuk menyampaikan mesej secara tersirat dan pendengar perlu memprosesnya berdasarkan konteks ujaran penutur. Dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan tiga objektif, iaitu mengenal pasti penggunaan implikatur dalam perbualan pelajar, menginterpretasikan makna implikatur dalam perbualan pelajar menggunakan Teori Grice (1975) dan Teori Relevans (1995) dan merumuskan kewibawaan Teori Grice (1975) dan Teori Relevans (1995) dalam menginterpretasikan penggunaan implikatur sebagai satu bentuk komunikasi linguistik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel adalah terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia yang dipilih secara rawak. Data kajian dianalisis secara kualitatif menggunakan teori Relevans (1995) dan teori Grice (1975). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak penggunaan implikatur dalam perbualan pelajar. Penggunaaan implikatur digunakan untuk tujuan penolakan dan menyatakan persetujuan dalam sesuatu ujaran. Implikatur juga digunakan sebagai bahasa berlapik untuk menjaga hati pendengar. Penggunaan implikatur juga merupakan seni berbahasa bagi orang Melayu. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati bahawa teori Relevans (1995) dan Teori Grice (1975) berwibawa merungkai mesej penutur yang disampaikan melalui implikatur.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2011_17.pdf

Download (576kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Implication (Logic)
Subject: Conversation analysis
Subject: College students - Language
Call Number: FBMK 2011 17
Chairman Supervisor: Prof. Madya Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 15 May 2014 01:49
Last Modified: 15 May 2014 02:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19414
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item