UPM Institutional Repository

Penggunaan Konjugasi Kata Kerja Bahasa Sepanyol dan Perbandingannya Dengan Bahasa Melayu


Citation

Husain, Salina (2011) Penggunaan Konjugasi Kata Kerja Bahasa Sepanyol dan Perbandingannya Dengan Bahasa Melayu. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan bentuk persamaan dan perbezaan konjugasi kata kerja bahasa Sepanyol dan perbandingannya dengan bahasa Melayu berdasarkan terjemahan lisan dan tulisan. Kajian lepas banyak memfokuskan kata kerja tertentu sahaja iaitu ser dan estar yang membawa makna ‘akan menjadi’. Melalui kajian ini, kata kerja yang dikaji tidak terhad kepada kata kerja ser dan estar sahaja. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan konjugasi kata kerja Bahasa Sepanyol dan menganalisis penggunaan konjugasi kata kerja bahasa Sepanyol berdasarkan terjemahan data bahasa Melayu dalam bentuk tulisan dan lisan. Bagi mencapai objektif tersebut, Teori Relevans (Sperber dan Wilson, 1986) digunakan dalam kajian ini, untuk melihat perkaitan ilmu semantik dan pragmatik dengan konjugasi kata kerja. Hal ini bertujuan agar makna yang hendak disampaikan adalah sama seperti yang terkandung dalam ayat asal. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Universiti Putra Malaysia yang mempelajari bahasa Sepanyol pada tahap asas dan pemilihan sampel ini dilakukan secara rawak. Kajian ini dilakukan kerana didapati pelajar yang bukan penutur asli bahasa Sepanyol menghadapi masalah dalam pembelajaran bahasa Sepanyol, terutama dalam memahami konjugasi kata kerja. Hasil kajian membuktikan bahawa wujud kekeliruan dalam mempelajari kata kerja, terutama kata kerja ser dan estar, yang sama maksudnya dengan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ dalam bahasa Melayu. Melalui dua aktiviti yang dijalankan iaitu terjemahan lisan dan tulisan, didapati pengaruh bahasa Melayu mempengaruhi corak pemikiran sampel kajian berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan kekeliruan dalam penggunaan kata ganti diri seperti yo, soy dan estoy yang semuanya merujuk kepada kata ganti nama diri pertama. Tidak seperti bahasa Sepanyol, setiap konjugasi kata kerja mempunyai bentuknya yang tersendiri. Perbezaan sebeginilah yang menjadi penghalang kepada pelajar untuk menguasai bahasa Sepanyol dengan baik. Justeru melalui aktiviti terjemahan lisan dan tulisan yang dikaji, kekeliruan tersebut dapat dikesan yang sedikit sebanyak menjadi halangan kepada sampel untuk menguasai kemahiran menulis dan bertutur dalam bahasa Sepanyol. Dapatan ini menunjukkan bahawa sampel perlu diberikan penjelasan tentang persamaan dan perbezaan penggunaan bahasa sasaran dan bahasa sumber, khususnya bahasa Melayu dan bahasa Sepanyol bagi memastikan sampel yang telah menguasai bahasa Melayu dapat menguasai bahasa Sepanyol dengan baik.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2011_12.pdf

Download (849kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Grammar, Comparative and general - Conjunctions
Subject: Malay language - Translating into Spanish
Subject: Spanish language - Translating into Malay
Call Number: FBMK 2011 12
Chairman Supervisor: Normaliza Abd Rahim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 16 Apr 2014 01:14
Last Modified: 16 Apr 2014 01:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19409
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item