UPM Institutional Repository

Penguasaan Lisan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah di Singapura


Citation

Lob, Alimah (2010) Penguasaan Lisan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah di Singapura. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kanak-kanak Melayu di Singapura mempunyai masalah berkomunikasi (bertutur) dalam bahasa ibunda dengan baik. Kecenderungan ini amat membimbangkan kerana kanak-kanak perlu berkomunikasi untuk menyampaikan hajat dan fikiran. Lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti dari sebuah tinjauan demografik yang menyatakan penggunaan bahasa ibunda dalam keluarga orang Melayu kian merosot setiap tahun. Memandangkan betapa pentingnya penakatan bahasa Melayu di negara ini, penyelidik rasa terpanggil untuk menyelidiki bidang ini. Sebanyak 46 orang kanak-kanak, iaitu 22 perempuan dan 24 lelaki dari tiga golongan status sosioekonomi keluarga telah dikenal pasti untuk menjalani penyelidikan. Kajian berdasarkan teori mentalis ini akan dibincangkan melalui dua kaedah, iaitu kualitatif dan kuantitatif. Semua data ujaran,perbendaharaan kata, temu bual dan bercerita akan dirakamkan dan ditranskripsikan sementara data tinjauan borang soal selidik juga akan dianalisis dengan menggunakan pengiraan kekerapan, peratusan atau min markah. Dapatan kajian menunjukkan responden kerap menggunakan ayat penyata (56.2%) berbanding dengan ayat-ayat- tanya (8%), ayat seruan (11%), ayat perintah (5%) dan ayat majmuk (14%). Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi yang tinggi dalam pencapaian ayat-ayat penyata dengan jumlah ayat yang dibina walaupun tidak terdapat kesan yang signifikan dalam binaan ayat seruan dan ayat perintah. Terdapat korelasi yang signifikan juga antara faktor-faktor ekstralinguistik dengan penguasaan ayat kanak-kanak pada aras keertian p<0.01. Hasil kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang sederhana, dan positif antara ayat majmuk dengan jumlah ayat yang dihasilkan dengan nilai r = 0.640 pada aras p<0.01. Pada keseluruhan kajian, kanak-kanak berupaya membina pola ayat dasar yang mana pola ayat Frasa Nama + Frasa Kerja (min 11.63) merupakan pola ayat yang paling kerap digunakan, diikuti oleh Frasa Nama + Frasa Nama (min 2.63), Frasa Nama + Frasa Adjektif (min 0.769), dan Frasa Nama + Frasa Sendi (min 0.5). Kesimpulannya, kanak-kanak berkebolehan membina pelbagai pola ayat dasar dan jenis ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan selain ayat kompleks. Didapati pengaruh faktor-faktor ekstralinguistik dan status sosioekonomi juga memberi kesan kepada penguasaan lisan bahasa Melayu kanak-kanak di Singapura. Antara cadangan kajian lanjutan yang dikemukakan ialah persoalan trend bahasa lisan kanak-kanak prasekolah menjelang lima tahun yang akan datang.


Download File

[img] PDF
FBMK_2010_23_F.pdf

Download (187kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Oral communication - Study and teaching (Elementary) - Singapore
Subject: Communication - Study and teaching - Singapore
Subject: Malay language - Study and teaching (Elementary) - Singapore
Call Number: FBMK 2010 23
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 29 Mar 2013 01:53
Last Modified: 29 Mar 2013 01:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19398
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item