Simple Search:

1,351 guru pelajar baharu daftar PJJ UPM-KPM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat, (2012) 1,351 guru pelajar baharu daftar PJJ UPM-KPM. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 18 Feb – Seramai 1,351 pelajar baharu Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kalangan guru telah mendaftar sebagai pelajar Bacelor Pendidikan, (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan kepujian, Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah program pensiswazahan guru UPM-Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sini. Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Dr. Ab. Rahim Bakar berkata daripada jumlah itu, seramai 1,257 telah mengambil major Bahasa Melayu dan 94 mengambil major Bahasa Inggeris. “Program selama empat tahun ini memudahkan pelajar kerana mereka tidak perlu ke UPM untuk sesi pembelajaran sebaliknya menghadirkan diri ke Pusat Pembelajaran di setiap negeri yang dikendalikan UPM Education & Training Sdn. Bhd. (UPMET),” katanya pada majlis ikrar dan suaikenal pelajar baharu itu.


Download File

[img]
Preview
PDF
1,351_guru_pelajar_baharu_daftar_PJJ_UPM-KPM.pdf

Download (100kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 15 Mar 2012 04:16
Last Modified: 27 May 2013 08:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18758
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item