UPM Institutional Repository

UPM juara Pertandingan Simulasi Perniagaan IPTA


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat, (2012) UPM juara Pertandingan Simulasi Perniagaan IPTA. [UPM News]

Abstract

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Enam pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih hadiah wang tunai RM10,000 apabila memenangi tempat pertama Pertandingan Simulasi Perniagaan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mengulas kejayaan itu, ketua kumpulan, Lee Yoong Jan tidak menyangka inovasi yang dikomersilkan secara simulasi oleh kumpulannya mampu menarik minat juri dan berharap perisian itu akan dimanfaatkan oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia. Kumpulan itu turut disertai oleh Siti Rubiah Ngadiman, Munirah Afifah Mokhtar, Tan Kah Kok dan Nurul Amalina Hassan. “Kumpulan kami telah mengkomersialkan laman web yang mempunyai perisian dalam mengesan kanak-kanak yang mempunyai disleksia atau tidak. “Sekiranya kanak-kanak mempunyai gangguan berkenaan, kami menawarkan penyelesaian dengan modul, bantuan cakera padat serta buku teks Perisian Tutor Phonic,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan simulasi IPTA di sini.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_juara_Pertandingan_Simulasi_Perniagaan_IPTA.pdf

Download (52kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 15 Mar 2012 04:05
Last Modified: 27 May 2013 08:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18757
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item