UPM Institutional Repository

Graduan perlu contohi kegemilangan sarjana silam


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Graduan perlu contohi kegemilangan sarjana silam. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 18 Okt – Graduan perlu mencontohi kegemilangan sarjana silam yang sentiasa menggunakan ilmu pengetahuan dan keupayaannya dalam sesuatu bidang untuk membongkar rahsia di sebalik sesuatu kejadiaan. Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan Ariffin berkata dengan adanya usaha gigih seperti yang ditunjukkan oleh sarjana silam, kegemilangan sesuatu tamadun boleh bertahan beratus-ratus tahun. “Sarjana zaman silam mencungkil rahsia kehidupan untuk dikongsi bersama demi kebahagiaan orang lain. Budaya ini perlu dibangkitkan dalam masyarakat kita demi mencapai status negara maju pada tahun 2020,” katanya pada ucapan hari keempat, Majlis Konvokesyen ke-35 UPM di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. Pada majlis konvokesyen itu seramai 7,327 graduan menerima ijazah dan daripada jumlah itu 369 menerima ijazah doktor falsafah (PhD), 1,816 ijazah master, 4,744 ijazah bacelor dan 398 diploma.


Download File

[img]
Preview
PDF
Graduan_perlu_contohi_kegemilangan_sarjana_silam.pdf

Download (100kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 30 Nov 2011 03:23
Last Modified: 27 May 2013 07:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18571
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item