Simple Search:

Titah Ucapan D.Y.M.M Tuanku Canselor Sempena Majlis Konvokesyen Ke-35 UPM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Titah Ucapan D.Y.M.M Tuanku Canselor Sempena Majlis Konvokesyen Ke-35 UPM. [UPM News]

Abstract / Synopsis

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Bisimillahir Rahmannir Rahim Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad Salallahu Alaihi Wasallam, kepada seluruh keluarga dan para sahabat Baginda. Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan rahmat-Nya juga Beta dapat bersama-sama para hadirin sekalian di Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kali Ke-35, yang diadakan selama lima hari bermula pada hari ini. Beta dimaklumi bahawa pada Konvokesyen Kali Ke-35 ini seramai tujuh ribu tiga ratus dua puluh tujuh (7,327) graduan akan menerima ijazah masing-masing. Daripada jumlah ini seramai tiga ratus enam puluh sembilan (369) menerima ijazah Doktor falsafah, satu ribu lapan ratus enam belas (1,816) ijazah Master, empat ribu tujuh ratus empat puluh empat (4,744) ijazah Bacelor dan tiga ratus sembilan puluh lapan (398) Diploma. Apa yang menarik di sini ialah kejayaan UPM mengeluarkan bilangan graduan PhD melepasi tahap tiga ratus lima puluh (350) orang. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan dan membuktikan kecemerlangan pelajar, penyeliaan dan pengurusan pengajian siswazah.


Download File

[img]
Preview
PDF
Titah_Ucapan_D.Y.M.M_Tuanku_Canselor_Sempena_Majlis_Konvokesyen_Ke-35_UPM.pdf

Download (53kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 30 Nov 2011 11:04
Last Modified: 27 May 2013 15:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18569
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item