UPM Institutional Repository

UPM Terima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM Terima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan. [UPM News]

Abstract

NILAI, 27 Sept - Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan antara sepuluh badan berkanun yang meraih Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2010. Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kepada Bendahari UPM, Zulkiflee Othman dalam Majlis Sambutan Hari Audit SeMalaysia Tahun 2011 di Auditorium Akademi Audit Negara di sini. Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi ketika mengulas kemenangan itu berkata UPM dipilih hasil pengauditan Jabatan Audit Negara terhadap Pengurusan Kewangan UPM Tahun 2010 pada Mei tahun lalu. “Antara objektif pengauditan Indeks Akauntabiliti adalah untuk menentukan bahawa pengurusan UPM telah dijalankan dengan cekap dan teratur mengikut peraturan yang ditetapkan. “Skop pengauditan meliputi aspek pengurusan organisasi, jawatankuasa yang ditubuhkan, sistem dan prosedur, analisis kewangan dan pengurusan kewangan,” katanya. Antara badan berkanun yang turut menerima anugerah itu ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_terima_anugerah_kecemerlangan_pengurusan_kewangan.pdf

Download (41kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Aznizultina Md Nazar
Date Deposited: 05 Oct 2011 03:54
Last Modified: 27 May 2013 07:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18215
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item