UPM Institutional Repository

Majlis Hari Raya Aidilfitri UPM 2011 Beri Sumbangan Kepada 96 Staf


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Majlis Hari Raya Aidilfitri UPM 2011 Beri Sumbangan Kepada 96 Staf. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 15 Sept – Seramai 96 orang staf menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UPM 2011 yang telah berlangsung di Dewan Banquet UPM baru-baru ini. Penerima ialah 45 ibu tunggal, 45 anak yatim, seorang yatim piatu serta dua orang kurang upaya (OKU) yang menerima sumbangan daripada Persatuan Wanita UPM (PERMATA) berupa wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang yang telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris. Penerima ibu tunggal adalah terdiri daripada staf UPM yang berpendapatan rendah. Sumbangan khas PERMATA turut diberikan kepada tiga staf UPM yang mempunyai anak OKU serta anak yang menghidap kanser. Majlis anjuran Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan UPM yang diketuai oleh Pejabat Pemasaran dan Komunikasi itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di dalam kalangan staf UPM. Turut hadir pada Majlis itu Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi bersama pihak pengurusan Universiti.


Download File

[img]
Preview
PDF
MAJLIS_HARI_RAYA_AIDILFITRI_UPM_2011_BERI_SUMBANGAN_KEPADA_96_STAF.pdf

Download (116kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Aznizultina Md Nazar
Date Deposited: 29 Sep 2011 04:03
Last Modified: 27 May 2013 07:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18172
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item