Simple Search:

UPM menang 4 emas PECIPTA


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM menang 4 emas PECIPTA. [UPM News]

Abstract / Synopsis

KUALA LUMPUR – Tiga penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih empat pingat emas pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2011) di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini. Mereka ialah Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din dari Fakulti Perubatan Veterinar dengan produk Immobilized Periphytic Microalgae (Oscibeads) for Rapid And Efficient Removal of Toxic Compounds From Water untuk menyingkirkan sebatian toksik di dalam air dengan cepat dan efektif serta boleh diproses untuk menghasilkan baja biologi, makanan haiwan serta bahan api. Lain-lain ialah Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man dengan produk HaFYS-Porcine DNA Test Kit yang dapat mengesan DNA babi dalam masa satu jam, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dengan produk Phonic Tutor Software for Visualy Dyslexic Student iaitu perisian yang membantu pelajar dyslexia mempelajari Bahasa Malaysia. Emas turut dimenangi oleh Dr. Siti Aslina Hussain dari Fakulti Kejuruteraan dengan produk Artificial Conduit For Coronary Heart Diseases iaitu alat perubatan untuk merawat penyakit jantung yang berfungsi sebagai transatrialaorto-conory sinus dalam merawat pesakit diffuse coronary atherosclerosis. Penyelidik UPM turut meraih tujuh pingat perak dan sebelas pingat gangsa menjadikan jumlah 22 pingat keseluruhan daripada 25 penyertaan penyelidik pada PECIPTA yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_menang_4_emas_PECIPTA.pdf

Download (60kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Aznizultina Md Nazar
Date Deposited: 22 Sep 2011 17:01
Last Modified: 27 May 2013 15:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18161
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item