Simple Search:

Pokok bunga loceng dipilih bunga rasmi Fakulti Sains


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pokok bunga loceng dipilih bunga rasmi Fakulti Sains. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 22 Julai – Pokok bunga loceng atau dikenali sebagai Allamanda Carthica dipilih sebagai bunga rasmi Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini. Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz berkata bunga itu mempunyai lima kelopak mewakili lima jabatan Fakulti selain sifatnya yang memanjat sesuai dengan tema fakulti iaitu melonjak menuju ke puncak. “Sebanyak 36 anak pokok ditanam melalui operasi Mega 5S iaitu sisih, susun, seragam, sapu dan sentiasa amal. “Jumlah pokok bunga itu adalah simbolik kepada 36 tahun Fakulti Sains bertapak di UPM dan pokok itu akan menjadi daya tarikan kepada graduan fakulti untuk bergambar sebagai tanda kenangan. Beliau berharap program yang dianjurkan oleh kelab Briged 5S Fakulti Sains memberi sokongan kepada kempen ‘Green Metric Inisiative’ ke arah kampus hijau dengan menggiatkan program penanaman pokok pada masa hadapan.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pokok_bunga_loceng_dipilih_bunga_rasmi_Fakulti_Sains.pdf

Download (140kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 25 Aug 2011 17:10
Last Modified: 27 May 2013 15:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18121
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item