UPM Institutional Repository

Tuanku Canselor Anugerah 11 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Tuanku Canselor Anugerah 11 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 30 Julai - Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan anugerah terbaik kepada 11 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM pada Majlis Santapan Malam Rejimental 2011. Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan (kategori Tentera Darat) dianugerahkan kepada Lt. Muda Mohd Firdaus Nizamuddin dan Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan (Laut) dianugerahkan kepada Lt. Muda Nadzirah Zainal Abidin PSSTLDM. Bagi kategori Pegawai Kadet Lelaki Terbaik ialah Lt. Muda Edie Putra Md Yusof, kategori Pegawai Kadet Kanan Lelaki Terbaik ialah Lt. Muda Majdi Khalil Ahmad Puhad PSSTLDM, Pegawai Kadet Wanita Terbaik ialah Lt. Muda Maziah Mahtar, Pegawai Kadet Kanan Wanita Terbaik ialah Lt. Muda Nor Alehan Anas PSSTLDM, Pegawai Kadet Akademik Terbaik (Darat) ialah Lt. Muda Siti Farah Wahida Ahmad Hariri, Pegawai Kadet Kanan Akademik Terbaik (Laut) ialah Lt. Muda Raznizal Razali PSSTLDM, Pengajian Ketenteraan Terbaik (Darat) ialah Lt. Muda Ahmad Arifuddin Shafri, Pengajian Ketenteraan Terbaik (Laut) ialah Lt. Muda Atiyah Wan Mohd Sham PSSTLDM dan Penembak Terbaik ialah Lt. Muda Muhammad Ikhwan Abd Ghani. Sementara itu, Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berharap pegawai muda PALAPES UPM akan memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi semasa menjalani latihan selepas bergraduat. “Dalam meniti arus globalisasi yang semakin mencabar, mahasiswa harus mampu bersaing dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran,” katanya. Malam Rejimental kali ke 30 meraikan pegawai muda yang baru ditauliahkan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 9 Julai 2011 yang lalu. Pada majlis itu, Majalah Gempur Edisi ke-19 sesi 2010/2011 yang memaparkan profil dan aktiviti tahunan PALAPES UPM turut dilancarkan oleh Baginda.


Download File

[img]
Preview
PDF
Tuanku_Canselor_Anugerah_11_Pegawai_Kadet_Terbaik_PALAPES.pdf

Download (120kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 25 Aug 2011 09:04
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18120
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item