UPM Institutional Repository

UPM berjaya lahir 12,000 graduan PJJ


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM berjaya lahir 12,000 graduan PJJ. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 20 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya melahirkan seramai 12,000 graduan melalui program pendidikan jarak jauhnya (PJJ) sejak ia diperkenalkan pada tahun 1995. Ketua Pegawai Eksekutif, UPM Education & Training Sdn.Bhd. (UPMET), Dr. Abdul Aziz Saharee berkata daripada jumlah itu, seramai 10,978 terdiri daripada program bacelor, manakala 1,021 graduan bagi program master. “Kami berazam membantu lebih ramai masyarakat menyambung pengajian tinggi,” katanya pada majlis perasmian dan bacaan ikrar pelajar baharu PJJ, semester pertama 2011/2012 di sini baru-baru ini. Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Pengarah Urusan UPM Holdings Dr. Husaini Omar dan Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad. Pada majlis yang sama, seramai 658 pelajar baharu telah mendaftar bagi program PJJ iaitu 458 bagi program bacelor dan 200 untuk program master. Program bacelor yang ditawarkan termasuklah Komunikasi, Sains Pembangunan Sumber Manusia, Sastera Bahasa Inggeris, Sastera Bahasa & Linguistik Melayu dan Sains Pertanian. Bagi program master pula UPM menawarkan Master Pembangunan Sumber Manusia, Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama), Bahasa Melayu, Komunikasi Korporat dan Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan). Sementara itu, Prof. Datin Paduka Dr. Aini berkata, UPM akan sentiasa menyahut seruan kerajaan dalam memberi penekanan kepada penghasilan ‘Knowledge Workers’ iaitu pekerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran. “Saya yakin sekiranya kita boleh membekalkan ‘Knowledge Workers’ kepada setiap sektor, industri dan peringkat kerja, negara ini mampu meningkatkan produktiviti dan daya saing demi mencapai wawasan 2020, “ katanya. Program PJJ UPM telah bermula sejak tahun 1995 dan ia dipertanggungjawabkan di bawah Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (Ideal). Pada 1 Januari 2004, Ideal telah digabungkan dengan Pusat Program Luar dengan menggunakan nama PPL. Pada Mac 2010, program PPL telah diletakkan di bawah UPMET iaitu salah satu anak syarikat UPM Holding Sdn. Bhd untuk mengembangkan lagi program.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_berjaya_lahir_12,000_graduan_PJJ.pdf

Download (90kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Aug 2011 05:44
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18059
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item