UPM Institutional Repository

Pupuk pelajar berdaya functional melalui kursus kokurikulum berkredit


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pupuk pelajar berdaya functional melalui kursus kokurikulum berkredit. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 1 Julai – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi menekankan bahawa pelajar UPM yang bergraduan perlu lebih functional melalui kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan oleh pihak universiti. Kursus kokurikulum berkredit itu diharapkan dapat membentuk budaya pelajar yang functional melalui kemahiran yang dipelajari oleh mereka melalui teori di dalam kelas dan secara praktikal di luar kelas. “Tenaga pengajar diseru supaya mewujudkan peluang pembelajaran di dalam kampus di mana tidak semua dapat dipelajari dalam kelas. Pembelajaran waktu kelas kokurikulum berkredit perlu seiringan bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti tinggi. “Tenaga pengajar juga diminta untuk mengamalkan sistem pembelajaran secara timbal balik iaitu pengajar perlu memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea tersendiri dan berkongsi bersama tenaga pengajar yang lain,” kata beliau ketika merasmikan bengkel Pembentukan dan Pemantapan Generic Student Attributes Melalui Kursus Kokurikulum Berkredit. Beliau turut menyatakan bahawa diwujudkan satu majlis perkongsian pelajar iaitu ‘Sharing Of The Best Practices’ bersama mereka yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum berdasarkan evidence perlu diwujudkan agar dapat memberikan semangat dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar tersebut.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pupuk_pelajar_berdaya_functional_melalui_kursus_kokurikulum_berkredit.pdf

Download (95kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Aug 2011 05:40
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18058
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item