UPM Institutional Repository

UPM dipilih lokasi IPTA lawatan LID 2011


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM dipilih lokasi IPTA lawatan LID 2011. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 20 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai wakil institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang menjadi lokasi ‘Smart Partnership – Dialogue in the Field’ sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengendalikan program lawatan itu memilih UPM kerana penyelidikan dan pembangunan komersialnya mampu memenuhi objektif lawatan delegasi dari Afrika itu. Lawatan delegasi seramai 44 peserta diketuai Dr. Charity Kerapeletswe-Kruger dari Bostwana tiba di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan disambut oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi bersama pengurusan universiti. Lawatan itu berasaskan tema Business of Agriculture dengan melibatkan pameran Fakulti Pertanian, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Institut Pertanian Tropika (ITA) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC). Dato’ Ir. Dr. Radin Umar berkata program lawatan itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta LID mengenai potensi kerjasama dan perniagaan yang terdapat di Malaysia menerusi peranan UPM membantu pembangunan sosio-ekonomi negara. “UPM berusaha menghasilkan kepakaran pertanian yang terlatih berdasarkan ciri-ciri keusahawanan dan keupayaan menyediakan perundingan selain menyumbang kepada teknologi baru dan tinggi yang terhasil dari penyelidikan dan pengkomersialan program. “UPM berjaya memperolehi hasil keuntungan dengan kiraan jualan kasar 2.22 juta menerusi pengkomersialan produk penyelidikan dan pembangunan (R&D), antaranya produk berasaskan pertanian Zappa plus, Vita- Grow, Fowl Pox Vaccine dan Newcastle Disease Vaccine. “Penyusunan strategi yang berjaya perlulah mengambil kira aspek pemilihan teknologi, promosi dan pemasaran, hubungan dengan industri luar, sokongan rasmi dokumentasi dan penilaian pelabur yang betul bagi menjayakan hasil penyelidikan hingga ke peringkat komersial,” katanya lagi dalam slot soal jawab. Wakil peserta LID 2011, Mohammed Himid Mbaye dari Tanzania berkata pengurusan penyelidikan UPM boleh dicontohi dan diaplikasikan di negaranya untuk melahirkan penyelidik yang boleh meningkatkan sumbangan sosio-ekonomi. “Dengan bertukar-tukar maklumat penyelidikan di UPM, ia dapat memantapkan lagi pengurusan pendidikan di negara kami bagi melahirkan penyelidik yang boleh memberi sumbangan bermakna kepada negara,” katanya Sementara itu, seorang lagi peserta LID Bindra Dal dari United Kingdom berkata, beliau kagum dengan inisiatif reka cipta dan inovasi penyelidik UPM yang berusaha gigih membangunkan produk ke peringkat komersial dan perlu dicontohi oleh setiap negara peserta LID. Turut hadir pada lawatan LID itu ialah kumpulan penyelidik Fakulti Sains Teknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) serta 10 pelajar yang terdiri daripada Universiti Putra Malaysia International Students Association (UPMISA), majoritinya daripada benua Afrika.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_dipilih_lokasi_IPTA_lawatan_LID_2011.pdf

Download (154kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Aug 2011 05:05
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18054
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item