Simple Search:

FSKTM ,SSP Cyberjaya anjur seminar tingkat kemahiran ICT


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) FSKTM ,SSP Cyberjaya anjur seminar tingkat kemahiran ICT. [UPM News]

Abstract / Synopsis

CYBERJAYA, 29 Jun – Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknolgi Maklumat (FSKTM) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Seminar ICT di Sekolah Seri Puteri (SSP) iaitu sekolah kluster UPM (sekolah angkat) untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi maklumat. Ketua Jabatan Sains Komputer FSKTM, Dr. Lilly Suriani Affendey berkata usaha itu dapat memberi pendedahan tentang etika dan keselamatan penggunaan media rangkaian sosial. “SSP dipilih kerana statusnya sebagai Sekolah Kecemerlangan Kluster (SKK) UPM dalam program kesedaran teknologi maklumat selain merapatkan jaringan di antara pihak universiti dan komuniti luar,” katanya. Aktiviti dalam seminar ICT itu ialah “Etika Penggunaan Internet” oleh Dr. Fatimah Sidi dan “Keselamatan Penggunaan Internet” oleh Dr. Mohd. Taufik Abdullah. Sementara itu, Penolong Kanan SSP, Umi Nafisah Md Sirat berkata penglibatan universiti menjalinkan hubungan dengan pihak sekolah amat bersesuaian pada masa kini selari dengan objektif SSP iaitu sekolah berprestij tinggi. “Diharapkan, program ini akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa dan bukan sahaja melibatkan FSKTM sahaja tetapi dengan semua fakulti di UPM,” katanya. Seramai 800 peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 dan guru-guru SSP turut menyertai seminar itu.


Download File

[img]
Preview
PDF
FSKTM_,SSP_Cyberjaya_anjur_seminar_tingkat_kemahiran_ICT.pdf

Download (95kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Aug 2011 04:49
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18052
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item