Simple Search:

UPM bantu tingkat tahap kompetensi guru bimbingan dan kaunseling


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM bantu tingkat tahap kompetensi guru bimbingan dan kaunseling. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 26 Julai – Seminar Pembangunan Profesionalisme Guru dan Kaunseling anjuran UPM dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meningkatkan tahap kompetensi guru bimbingan dan kaunseling dari aspek bimbingan akademik dan kerjaya selain berkongsi pengetahuan memupuk kemahiran insaniah pelajar sekolah. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata sepanjang seminar itu dijalankan peserta akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran antaranya thinking skill, theory of constraint, expressive approach, soft skill dan human governance. “Pengetahuan dan kemahiran insaniah merupakan salah satu kombinasi asas yang perlu ada pada setiap pelajar untuk menjadi graduan yang berjaya. Oleh itu, nilai-nilai tersebut seharusnya dipupuk sejak zaman persekolahan lagi. “Kita mahu pelajar yang berdaya saing, proaktif, berkemahiran komunikasi yang tinggi dan berfikiran kritis serta boleh menyelesaikan masalah supaya dapat menyumbang kepada komuniti dalam dan luar negara,” katanya. Beliau berharap agar maklumat itu dapat disampaikan kepada pelajar sekolah untuk mengukuhkan hubungan antara guru kaunseling dengan universiti. “Seminar ini juga menyalurkan pebagai maklumat terkini berkaitan program akademik peringkat pengajian tinggi, syarat kelayakan, penemuan dan penyelidikan bidang berkaitan,” katanya. Seminar yang diadakan selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Julai, 2011 itu telah disertai oleh 350 guru kaunseling dari sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia dan separuh daripadanya merupakan alumni UPM. Seorang peserta seminar dari Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, Mohd Zakaria Zain berkata seminar itu telah memberi impak yang sangat besar kepada beliau untuk diaplikasikan kepada murid sekolah. “Saya tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Arfah Salleh tentang Human Governance kerana ianya mampu dijadikan satu pendekatan berkesan utuk melahirkan pelajar ‘celik akal’ serta dapat membantu meningkatkan profesion guru kaunseling,” katanya. Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pending, Kuching, Nglen Jin Nee berkata beliau berpeluang mempelajari teknik dan kemahiran untuk mengatasi masalah pelajar yang berubah mengikut peredaran zaman. “Teknik ‘art terapi’ yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Rusnani memberi ilham kepada saya untuk membantu menyelami perasaan pelajar yang kurang berkomunikasi dengan hasil lukisan mereka,” katanya. Turut hadir pada seminar itu ialah Timbalan Pengarah (Murid), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Aminudin Adam yang menyampaikan slot terakhir ceramah bertajuk Pembangunan Profesionalisme Guru Kaunseling: Hala Tuju dan Keperluan Kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_bantu_tingkat_tahap_kompetensi_guru_bimbingan_dan_kaunseling.pdf

Download (141kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 10 Aug 2011 09:38
Last Modified: 27 May 2013 15:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18025
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item