UPM Institutional Repository

Tinjauan terhadap pelaksanaan Kem Bestari Solat.


Citation

Suhid, Asmawati and Abdul Mutalib, Lukman (2009) Tinjauan terhadap pelaksanaan Kem Bestari Solat. Journal of Islamic and Arabic Education, 1 (1). pp. 15-28. ISSN 1985-6236

Abstract

Matlamat utama pendidikan Islam ialah pemantapan aqidah murid. Malah, Falsafah Pendidikan Islam sendiri adalah berteraskan kepada ketauhidan kepada Allah S.W.T. Justeru, usaha ke arah memantap dan memelihara aqidah murid dapat dilihat dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum pendidikan Islam. Antara aspek yang diberi penekanan dalam sistem pendidikan Islam ialah amalan solat dalam kalangan murid. Solat merupakan asas atau tiang agama dan mengamalkannya merupakan ketundukan dan kepatuhan seseorang muslim kepada Allah S.W.T. Pengenalan aktiviti Kem Bestari Solat menerusi Program j-QAF merupakan suatu pendekatan terkini yang berhasrat mendidik dan menggalakkan murid mengamalkan solat dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana Kem Bestari Solat agak baru diperkenalkan, maka satu kajian bagi mengenal pasti keberkesanan pelaksanaannya telah dijalankan. Seramai 309 orang guru j-QAF di Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Data kuantitatif yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS). Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa muridmurid minat untuk mengikuti Kem Bestari Solat. Selain membincangkan dapatan kajian, penulis menghalusi permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat dan seterusnya beberapa cadangan turut diketengahkan.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Islamic education.
Subject: Islamic religious education of children.
Subject: Islam - Study and teaching.
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: j-QAF; Smart Prayer Camp; Aqidah; Islamic Education.
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 15 May 2012 01:45
Last Modified: 15 May 2012 01:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17428
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item